Showing posts with label tin. Show all posts
Showing posts with label tin. Show all posts

Wednesday, September 7, 2011

Tin Mini Lipton

Tin ni ramai yang dah ada, tapi aku baru dapat dari satu kedai kopi di kampung masa sarapan roti canai. Hari raya ramai yang balik kampung. Aku keluar 730pg semua nasi lemak & pau goreng dah habis. Roti canai pun kena tunggu lama baru dapat.
Aku cuba jalan-jalan cari signboard hingga pekan sg air tawar .. rasanya dah pupus.



Friday, December 31, 2010

1.1.11

'SELAMAT TAHUN BARU' kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan juga pengunjung setia jakionline inc. Dua tin sign yang baru aku dapat jadi pembuka pintu tahun 2011. Tin sign Lactogen & tin sign Aji-No-Moto.





Jaga barang, jaga Agama & Bangsa, jaga maruah keluarga ..

Wednesday, December 29, 2010

Tin Cash Register Lagi

Di penghujung tahun 2010 ni dapat lagi aku tin tarik Tea Pot la pulak. Kalau sebelum ni punya la payah nak dapat .. kali ni apek tu sendiri siap tanya ' ini tin mau ka? '.




'Selamat Maju Jaya'

Tuesday, December 28, 2010

Tin Coca Cola TAHUN BARU CINA

Khamis lepas atas sesuatu urusan, aku balik KL dan terus singgah Berjaya Time Square. Lepas makan-makan masuk pula pasaraya cold storage sebab nak beli Eye Mo.
Sekali ternampak tin coca cola ni .. besar mungkin keluaran untuk Tahun Baru Cina 2011 sebab ada gambar-gambar luck emas terbang berkeliling botol coca cola tu.




Dan masa bayar, angin aku ada naik sikit sebab terpaksa beli bag RM2 untuk isi barang-barang yang aku beli. Kempen 'hari tanpa bag plastik' kata cashier dengan selamber.
Sorang brader depan aku siap carut-carut sebab tak puas hati terpaksa beli bag RM2 untuk isi bebarangnya yang agak banyak ..




Monday, December 13, 2010

Tin Cash Register

Memang rezeki aku dapat juga Tin Tarik Milo & Susu Cap Junjung edisi lama ni. Yang tin tarik susu cap junjung tu masih baru lagi dalam plastk masa ambil dari kedai. Terima kasih pada AcidWelding yang sudi jual ke aku.




Tin tarik Milo baru 80an bertangkai plastik dan ada gambar perenang atau dua pelumba lari di muka hadapan rasanya kalau tak silap.
Ada yang lagi lama dari versi aku punya ni tapi tak ada tulis 'Berat Bersih 1.5Kg'

Monday, December 6, 2010

Tin Gula-Gula Hudson's Classic

Tin ini aku beli semalam di kedai 'Mesra Petronas'. Mula-mula makan dalam kereta semalam .. macam nak nak pulang balik pun ada. Ada rasa cengkih dll.. dah macam rasa hisap rokok gudang garam.
Selalu makan yang manis berbalut tu je. Tapi bila aku makan semula sambil buat kerja .. eh sedap pulak. Dah nak habis pun satu tin.
Hehe .. RM8 sahaja satu tin.




Antara ramuan yang tertulis di belakang tin:
Gam arabik, minyak kulit kayu putih, minyak bunga cengkih, minyak kulit kayu manis dan sukrosa.
Errmmmm patut pun ..



Sunday, November 7, 2010

Tin Merah Kit Kat

Hari jumaat lepas semasa dalam perjalanan balik KL .. aku terpaksa keluar susur Bdr Baru Nilai sebab waktu jumaat dah hampir. Semua anak-anak aku tinggal di Giant sementara aku sembahyang jumaat di masjid berhampiran.
Lepas je sembahyang, hp aku bergegar ..
Abah .. dah dapat.
mug merah kit kat ke?
tak .. tin merah kit kat. Comel bah!
Sebenarnya aku pesan ke anak-anak tolong tengok-tengokkan mug merah kit kat kalau ada. Lepas dari tu aku singgah Tesco Puchong, Tesco Shah Alam dan OTK Gombak. Semua tak jumpa ..



hehe .. memang comel pun.
lepas je aku snap gambar, berebut anak-anak ambil bahagian kit kat masing-masing. Abahnya dapat tin je ..

Monday, September 27, 2010

Torchlight tin sign

Beli signboard torchlight ni dari bro Halim junk collector@ipoh. Siap frame petang tadi.. terus gantung.
Walau aku bukan perokok, aku tetap suka kumpul barang-barang rokok macam ni. Cuma aku akan elakkan dari menggantung sign yang ada gambar-gambar bernyawa ..
Menggantungkan gambar yang bernyawa di dalam rumah ialah seperti gambar binatang, gambar orang, gambar keluarga atau gambar menerima sijil adalah haram dan Nabi melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana malaikat rahmat tidak masuk di dalam rumah untuk memberikan rahmat.

Hadis Nabi yang bermaksud :

Dari 'Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata 'Aisyah: "Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah SAW kembali bertanya: "Bantal-bantal apakah itu?" Jawab 'Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah SAW: "Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." (Riwayat Muslim)



Friday, September 24, 2010

Tin coklat Vochelle Hazelnuts

Dalam pada tengok sana-sini dalam pasaraya, ternampak pulak tin coklat Vochelle ni. Cantik pulak .. sambar .. RM11.90
kena pulak hazelnut memang kegemaran aku.



Sunday, September 5, 2010

gelas hacks & tin rokok torchlight

Sudah beberapa hari aku terima kiriman pos laju bro mgt. Beli gelas hacks & tin rokok torchlight long size filter. Nak ikutkan memang banyak benda lain lagi nak beli ni .. tapi persiapan anak-anak nak raya kena lah di dulukan. Walaupun hari raya tahun ni aku kerja (05-16/09/2010 aku kerja) baju raya anak-anak tetap kena beli .. hehe.
Abahnya je yang tak beli satu ape ..







Friday, July 23, 2010

Tray minyak angin cap kapak

Minyak angin cap kapak rupanya sudah di gunakan oleh ramai orang malaysia sejak dulu lagi.
Pagi tadi masa aku sarapan di satu warung, terpandang 2 tray minyak angin cap kapak ni di dinding dekat counter. tray 70an yang asalnya kedai tu guna kan untuk letak calendar.
Aku ayat kedua-duanya tapi makcik lepaskan satu je.. free.



Monday, July 12, 2010

Spray ubat nyamuk

Spray ubat nyamuk ni aku dapat dari sebuah kedai tak jauh dari rumah. Tak kurang 10 biji yang ada masa tu.. tapi aku ambil 3 biji saja. Tak mau tamak lah kata ..
Baru-baru ni aku masuk lagi kedai yang sama. Fuuuh .. habis semua spray nyamuk ni sudah di borong oleh seorang collector dari luar.
Termasuk enamel signs susu cap teko & ubat nyamuk fumakilla yang dulu tokei tu enggan nak jual pada aku.. habis di jual nya jugak.





Peluang kadang-kadang datang hanya sekali.

Saturday, July 3, 2010

Tin rokok Rough Rider (tin putih)

Alhamdulillah, dapat juga aku tin yang aku cari-cari selama ini. Tin rokok rough rider (tin putih) keluaran 70an ini telah di jumpai di flea market, Lorong Kulit, Penang masa seorang saudara aku yang tinggal Bukit Mertajam pergi ronda-ronda di situ Ahad minggu lepas. Dia tolong poslaju dan sampai sini siang tadi.
Kondisi .. memuaskan.
Satu hari nanti aku sendiri kena ke Lorong Kulit juga .. insaallah.


"Rough Rider"
Cigarattes
W.D & H.O WILLS

Wednesday, June 30, 2010

Tin tembakau pipe ERINMORE

Tin tembakau ni kadang-kadang orang panggil tembakau cap nanas dan tin ini aku dapat dari seorang kawan. Dia dah guna tin tembakau pipe Erinmore Flake ni buat isi mata pancing. Dia kata tin tembakau ni ada lagi jual di kedai .. sekali aku aku cari, memang dapat, itu pun dah masuk kedai ke 6, tapi tin ni yang di jual sekarang dah berbentuk bulat dengan harga RM10 berbanding segi empat seperti yang aku dapat dari kawan aku ni.
Dah jadi rere ke tin ni? entahlah. .. orang yang hisap rokok pipe tau lah. Aku simpan jugak sebab nampak menarik.



Sebelah belakang tin tertulis:
DI IMPORT OLEH:
Commercial Marketers and Distributors Sdn Bhd.
Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Made In Northern Ireland By MURRAY SONS & CO LTD BELFAST