Monday, September 27, 2010

Torchlight tin sign

Beli signboard torchlight ni dari bro Halim junk collector@ipoh. Siap frame petang tadi.. terus gantung.
Walau aku bukan perokok, aku tetap suka kumpul barang-barang rokok macam ni. Cuma aku akan elakkan dari menggantung sign yang ada gambar-gambar bernyawa ..
Menggantungkan gambar yang bernyawa di dalam rumah ialah seperti gambar binatang, gambar orang, gambar keluarga atau gambar menerima sijil adalah haram dan Nabi melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana malaikat rahmat tidak masuk di dalam rumah untuk memberikan rahmat.

Hadis Nabi yang bermaksud :

Dari 'Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata 'Aisyah: "Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah SAW kembali bertanya: "Bantal-bantal apakah itu?" Jawab 'Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah SAW: "Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." (Riwayat Muslim)



Lagi sudu nescafe percuma

Pagi tadi saja sarapan di satu warung di Felda Pemanis. Dalam 30 minit perjalanan. Memang ada niat nak cari barang..
Order nasi lemak + Kopi Radix .. sekali di hulur nya mug nescafe merah ni. Atas rak pun nampak ada 5-6 biji mug nescafe masih tersusuh.
Tu yang lepas sarapan buat-buat nak beli sebiji .. sekali makcik tu kata ambil je lah. Siap dia tunjuk sudu nescafe ni .. apa lagi, terima kasih aku ucap 2-3 kali.


mug nescafe campur yang ada di rumah 1 biji .. jadi laa 2 biji.

Sunday, September 26, 2010

Bekas gula nescafe percuma

Akhirnya dapat juga aku bekas gula nescafe ni setelah beberapa minggu memburu. Yang peliknya tak satu pun pasaraya di Segamat ni ada hadiah percuma ni.
Aku dapat ni pun di satu kedai apek di Gemencih semasa perjalan aku balik KL petang semalam .. pulak masih banyak lagi di kedai tu ..
pek 200g .. RM14.50 sahaja.



Mabok nescafe laa aku beberapa bulan ni.

Selamat Pengantin Baru

Diucapkan 'Selamat Pengantin Baru' untuk partner kerja aku

Mohd Shahrir B. Rusman
dengan pilihan hatinya
Safitah 'Abidah Bt Hj Mohd Tahir.

Majlis berlangsung di rumah pengantin lelaki di No.30, Jalan Sg Long 32/144, Seksyen 32, 40460 Shah Alam, Selangor.
Semoga kekal ke akhir hayat.

Sampai tadi dalam 2.00 th .. sempat tengok pengantin bersanding ..

Friday, September 24, 2010

Tin coklat Vochelle Hazelnuts

Dalam pada tengok sana-sini dalam pasaraya, ternampak pulak tin coklat Vochelle ni. Cantik pulak .. sambar .. RM11.90
kena pulak hazelnut memang kegemaran aku.



Gelas nescafe Percuma

Tadi masa beli barang dapur, sempat aku jenguk counter nescafe .. dah ada rupanya gelas percuma nescafe ni di Segamat ni .. isian 100g, RM8.20 ..
Ingat nak beli 2 sekali .. tapi yang pek White Coffee pun belun habis lagi, yang isian 50g beli 2-3 hari lepas pun belum buka lagi.
Tunggu bulan delan laaa jawabnya.


Jangan tamakk ..

Thursday, September 23, 2010

Bocong air Michelin percuma

Hadiah percuma bocong air (tumbler atau flask) ni aku dapat masa tukar 4 biji tayar MICHELIN Pilot Preceda 195/50/15R tahun lepas..
Pernah beberapa kali anak bawak sekolah buat isi air teh panas .. bila aku tengok ada kesan melecet di beberapa tempat, aku guna kuasa aku untuk ambil balik bocong ni terus simpan dalam almari.



Tuesday, September 21, 2010

Sudu Nescafe percuma

Baru jumpa sudu nescafe percuma ni di Segamat. Pek isian 50g punya .. RM4.80 harga di pasaraya Wellcome.
Yang hadiah gelas & bekas gula percuma masih belum jumpa lagi di sini. Hari tu ronda di Jusco, Bukit Raja, Klang pun tak jumpa . pelan-pelan kayuh.




Letak sekali paper cup Nescafe. Dapat tadi masa service kereta di Haslita Honda.. da da da

Friday, September 10, 2010

11 September

Sudah 9 tahun kejadian berlaku (11 september 2001 ) dan berita ini tersiar dalam Utusan Malaysia bertarikh 12 september 2001.




Semua yang berlaku dalam genggaman ALLAH.

Juadah Hari Raya

Se awal 0730hrs pagi tadi juadah untuk kakitangan bertugas sudah sampai di ruang pejabat. Apa lagi .. aku lah antara orang pertama menjamah nasi minyak yang di sediakan bersama rendang dll.



Tak ketinggalan juga hamper yang turut di sumbangkan oleh pihak pentadbiran untuk kakitangan.

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri 1431H


SALAM AIDILFITRI Maaf Zahir Batin. Moga ikatan silaturahim bertambah kukuh sesama kita rakan-rakan blogger sekelian & semua pengunjung jakionline inc yang setia.

[ Dato' Shake - Musafir Di Aidilfitri ]

Mug Marlboro Country

Mug keluaran 90an. Marlboro gunakan amoi untuk jual product Marlboro ni di pusat-pusat beli-belah selalunya. Tahun tu aku ada beli t-shir ni di Subang Prade.
Tapi mug yang ni aku beli dari seller dari Penang.



Sunday, September 5, 2010

gelas hacks & tin rokok torchlight

Sudah beberapa hari aku terima kiriman pos laju bro mgt. Beli gelas hacks & tin rokok torchlight long size filter. Nak ikutkan memang banyak benda lain lagi nak beli ni .. tapi persiapan anak-anak nak raya kena lah di dulukan. Walaupun hari raya tahun ni aku kerja (05-16/09/2010 aku kerja) baju raya anak-anak tetap kena beli .. hehe.
Abahnya je yang tak beli satu ape ..