Showing posts with label mug. Show all posts
Showing posts with label mug. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

Jin Pakai Toncit

Sejak hari minggu lagi anak-anak ajak tengok filem Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon & Jin Pakai Toncit. Malam tadi aku lepaskan anak-anak tengok tiket 8.30 malam. Balik rumah riuh rendah cerita jin pakai toncit .. tapi yang menariknya mereka balik bawa mug LFS ni sebagai buah tangan.





Wednesday, January 18, 2012

Wetra Ali Mas mug

Masa aku dapat mug ni pun aku tak tau apa itu 'Wetra'. Bila aku goole search, rupanya benda ni satu syarikat marketing yg berpusat di Alor Star. Tak perasan pulak kopi cappuccini & kopi jantan yg selalu aku minum tu edaran wetra.




Malam semalam masa makan di as-sakinah tom yam, nampak pulak iklan kopi cappuccino atas dinding tu.

Tuesday, May 24, 2011

Mug Old Town

Serba salah juga aku nak beli white coffee Old Town ni. Tapi tak apa lah, ini pertama dan terakhir aku beli jenama Old Town ni .. itu pun selepas dua kali aku ke pasaraya dan baru aku buat keputusan untuk beli.



Thursday, March 3, 2011

Konvokesyen Kolej Kejururawatan Murni

Pagi tadi, bertempat di PICC Putrajaya berlangsung Majlis Konvokasyen Kolej Kejururawatan Murni tempat kakak belajar. Aku bertiga bertolak dari Segamat ke Shah Alam sejak petang semalam lagi.. sempat singgah di Ipoh Station untuk minum petang sekitar jam 6:00 ptg..



Kejayaan kakak, kegembiraan aku juga sekeluarga.






Signboard Rough Rider idaman kalbu.. huhu




Dan tadi lepas majlis selesai terus aku bertolak balik Segamat .. beberapa buah tangan yang aku ambil dari rumah anak aku di Unisal Sec 7, Shah Alam.. Mug KFC dan tumbler air 100Plus.

Wednesday, February 23, 2011

Mug Lipton Berkawan-kawan

Senaman mulut & tekak masa minum teh lipton .. mmmmm.. aahhhhh .. Yang kuning-kuning juga pilihan aku buat koleksi ..



Wednesday, January 19, 2011

Sudu & Mug Lipton

Isnin sudah (17.01.2011) aku di KL sebab daftar anak aku masuk ke SM Teknik ERT Setapak. Masa di rumah adik aku di Taman Ibukota .. nampak pulak sudu & mug Lipton ni di rak.
Sementara boleh di selamatkan jadi aku pun mintak nak tolong simpankan ..





Tahu tak macam mana masukkan gajah dalam peti sejuk?

Saturday, December 11, 2010

Mug Darlie Bunga-Bunga

Dulu-dulu aku beli ubat gigi samada Darlie, Colgate atau Fresh&White untuk gosok gigi. Tapi sekarang dah lama aku bertukar kepada ubat gigi Mu'min kayu sugi.
Mug Darlie ni hadiah beli ubat gigi beberapa tahun lepas kalau tak silap. Apa pun Mu'min tak pernah beri hadiah apa-apa pun setakat beberapa tahun aku guna jenama ini.. alahai.



Thursday, November 18, 2010

Mug Merah Kit Kat

Promosi 75 tahun kit kat dah sampai penghujung rasanya. Free gift mug merah terakhir yang aku dapat dari pembelian 2 bungkusan bar kit kat di Jusco Tmn Maluri, Cheras.
Pesan ke anak tolong dapatkan 2 mug dan anak aku terpaksa beli 4 pack coklat kit kat ni. Samapai Segamat, mug je yang sampai .. coklat dah langsai ..
4 pack kit kat = RM26.00






Cuma yang aku muskil sign besar 75 tahun ni aku snap di Segamat, tapi satu free gift pun tak dapat .. bila aku tanya pasal mug merah ni, amoi tu kata " memang tak ada la enche ". Sopan je dia jawab.

Thursday, November 11, 2010

Mug Alicafe lagi


Akhirnya dapat juga aku mug Alicafe design ni dari satu kedai runcit kampung. Mug ni asalnya hadiah percuma dari bungkusan besar alicafe yang berharga lebih RM30. Di sebabkan pelanggan orang kampung .. bungkusan terpaksa di buka untuk membolehkan pelanggan beli sedikit-sedikit. Jadinya mug ni tak sapa yang dapat. Sudahnya aku yang dapat dengan harga RM1 setiap satu.

Monday, November 1, 2010

Mug Alicafe


Tadi masa nak bayar kuaci di counter satu pasaraya disini, ternampak pulak 4-5 mug alicafe ni di belakang counter.
Promosi memang dah tak ada, tanya nak beli pun cashier kata tak boleh .. amik gambar jadi lah.

Sunday, October 10, 2010

Mug Avon

Dapat percuma mug ni kalau beli beberapa barangan avon.



sekali-sekala di pejabat aku saja layan minum skyfruit + HiGoat. Memang pahit gila rasa kopi skyfruit ni .. dah campur susu kambing ni sedap laa sikit.

10.10.10 (Mug Lipton)

10.10.10 tarikh buruan untuk pengantin baru. tapi aku bukan nak cerita pasal tarikh ini .. n3 kali ini cuma nak tunjuk mug lipton yang aku dapat pagi tadi masa aku sarapan roti canai di satu warung di sini. Kalau tak silap promotion tahun lepas ni .. datang dalam satu kotak ..
Macam biasa laa .. dapat percuma sebab regular customer.



Thursday, September 9, 2010

Mug Marlboro Country

Mug keluaran 90an. Marlboro gunakan amoi untuk jual product Marlboro ni di pusat-pusat beli-belah selalunya. Tahun tu aku ada beli t-shir ni di Subang Prade.
Tapi mug yang ni aku beli dari seller dari Penang.



Friday, October 23, 2009

Mug Alicafe


Dulu beli satu bungkus besar Alicafe dapat free gift mug ni. Aku sempat dapat beli 6 free gift mug design ni. Lepas tu aku stop beli alicafe sebab rasa dah banyak tongkat ali masuk perut aku ni .. rasa satu bahaya pulak. Lepas tu keluar pulak free gift mug yang ada gambar Mawi & Rosyam Nor. Yang ni tak sempat beli ....

Mug ni walau warnanya hitam, tapi nampak menawan. Macam ada something kalau di tenung lama-lama .. hehe
Ditambah ada gambar biji kopi segar dan petir sambar-menyambar, menambah kan lagi mug ni nampak lebih klasik. Cerah mata kalau dapat minum alicafe masa penat drive malam-malam ... lagi pun rasa alicafe ni memang ada kelainan.. mungkin lebih creamer yang dicampur.


Di bawah tapak mug ni pun ada cop Power Root & Alicafe


Thursday, October 22, 2009

Mug Nescafe


Tak boleh tahan bila tengok iklan nescafe yang minum guna cawan ni. aroma yang harum ..
Cawan ni aku dapat dari sebuah warong kopi di Segamat. Belum lagi rere tapi memang payah nak dapat mug yang macam ni.
Botol baru nescafe sekarang pun nampak lebih menarik .. kena simpan satu juga nampak gayanya.













Nescafe + cofee-mate memang minuman kegemaran aku waktu minum petang, kena dengan tempe goreng cicah sambal kicap .. perrrrh ..