Monday, November 29, 2010

Signboard Coca Cola Yg Tak Seberapa

Minggu lepas dapat lagi singnboard 'Coca Cola Di Jual Di Sini' di kedai runcit Felda Pemanis. Dan yg 'Coca Cola Satu Kesegaran Untuk Semua Perayaan' dapat di Kg Tenang Station.

Masa dapat agak comot. Lepas cuci nampak cantik.


Masa hantar frame di kedai.






Signboard coca cola yang berkawan-kawan. Yang satu 'Selamat Datang'. Yang satu lagi 'Di Jual Di Sini'.

Thursday, November 25, 2010

Gelas Sunquick


Dapat gelas sunquick yang tahun 2007, 2008 dan 2009 punya. Banyak lagi ada di kedai tu. Mana dapat pun tak tau.. murah-murah mari-mari.. rm0.80 satu.
Tapai dalam banyak-banyak perasa sunquick ni, aku cuma minum perasa "oren mandrin" je. Yang itu je rasa sesuai dengan tekak aku.

2007


2008


2009

Friday, November 19, 2010

Adengan Yang Tak Ingin Kita Lihat

Pemandangan dibawah ini aku rakamkan tak lama dahulu di satu peti pos ekpress yang terletak di taman tempat aku tinggal. Asal hujan banjir, asal hujan air bertakung. Dah macamana nak pos kalau keadaannya cam ni?


Pagi tadi aku rakamkan lagi pemandangan ditempat yang sama. Walau hujan tak seberapa, hadapan peti pos tu masih bertakung air dan berlumpur.
Cadangan aku lah sama ada peti tu di pindahkan ke tempat lain atau cangkul untuk buat satu saliran betul-betul untuk mengalirkan air yang bertakung tu .. susah sangat ke?

Thursday, November 18, 2010

Mug Merah Kit Kat

Promosi 75 tahun kit kat dah sampai penghujung rasanya. Free gift mug merah terakhir yang aku dapat dari pembelian 2 bungkusan bar kit kat di Jusco Tmn Maluri, Cheras.
Pesan ke anak tolong dapatkan 2 mug dan anak aku terpaksa beli 4 pack coklat kit kat ni. Samapai Segamat, mug je yang sampai .. coklat dah langsai ..
4 pack kit kat = RM26.00






Cuma yang aku muskil sign besar 75 tahun ni aku snap di Segamat, tapi satu free gift pun tak dapat .. bila aku tanya pasal mug merah ni, amoi tu kata " memang tak ada la enche ". Sopan je dia jawab.

Wednesday, November 17, 2010

Menjejak Gudang Coca Cola di Segamat

Pgi Isnin lepas, masa sarapan roti canai di kedai sahabat tak jauh dari Poliklinik kerajaan, terpandang aku poster nescafe Maya Karin di dinding kedai.
Masa bayar, aku terus cakap nak poster tu ..
Sebenarnya pagi tu aku dah cadang nak meninjau beberapa tempat yang aku ada pernah ternampak signboard coca cola dekat2 Segamat ni. Selalu aku tengok sambil bawa kereta .. pagi ni aku snap gambar dengan lebih dekat.

1) Gudang yang aku syak pernah di gunakan untuk pengedaran kawasan Segamat ni. Terletak bersebelahan dengan station keretapi. Lee Hup & Co Sdn. Bhd. tertera pada signboard ni. Kalau tengok, gudang ni agak besar juga .. tapi gate dia berkunci laa.Sebelah gudang ni mungkin juga stor untuk simpan beras wangi ..




2) Papan coca cola ni agak besar. Aku park kereta tak jauh dan aku tinjau 4-5 pintu kedai lama yang di situ. Bangunan ini terletak bersebelahan dengan Bank Rakyat. Mungkin bangunan ini adalah bangunan lama yang terakhir di barisan sini kerana sepanjang barisan yang ada semua sudah bangunan baru.





3) Poster nescafe ni pun entah bila nak bersihkan .. memanjang tak sempat.


Tuesday, November 16, 2010

D'Anjung Pengkalan, Segamat

Kalau di tempat-tempat lain ada kedai kopitiam klasik yang istimewa .. di Segamat juga boleh berbangga dengan kedai kopitiam ini. D'Anjung Pengkalan ini terletak menghadap sungai dan sangat hampir dengan persimpangan lampu isyarat jambatan pertama Segamat. Banyak juga menu di sediakan .. mee bandung, laksa dll. Minum ringan petang pula ada lempeng, cekodok pisang, cekodok ikan bilis, kuih melayu ..
Hari tu aku minum kopi radix RM2 & makan cekodok pisang RM5 sahaja. Cuma yang aku sedikit terkilan hari tu ialah bila aku sampai rumah .. orang rumah dah siap goreng cekodok pisang juga ..








Masa aku ambil gambar ni kurang lagi pelanggan .. sekejap tu 3-5 meja dah penuh ..

Botol Hijau 7UP 285ml

Pagi tadi lepas subuh aku talipon mak mertua di Pasir Mas, Kelantan. Kata ambil beberapa bahagian korban .. alhamdulillah .. beberapa ekor dapat di korbankan tahun ini katanya.
Hatta di surau Al-Muhajirin di taman aku di sini di maklumkan 9 ekor juga lembu akan di lapah pagi ini. Penat tu ..
Tapi aku pulak terpaksa masuk pejabat lepas sembahyang sunat aidil adha tadi .. bawak sekali botol 7UP generasi yang entah ke berapa ni untuk snap gambar di pejabat. Minggu lepas lagi aku dah dapat dari satu kedai dekat-dekat sini. Bertambah lagi keluarga botol 7UP aku.




Eh .. buat-buat baring pulak botol seko ni ..



Sunday, November 14, 2010

Sesi Korek hari minggu

Seawal 9 pagi aku sudah keluar rumah untuk memulakan sesi korek hari minggu. Lepas sarapan nasi lemak kedai pak Aji depan hospital, aku masuk satu kedai runcit di Tmn Bendahara. Dari luar kedai aku dah nampak poster coca cola 'menangi percutian' terlekat pada dinding kedai. Roti potong gardenia & kacang cap tangan jadi umpan .. akhirnya ..
Seterusnya aku ke Kg Gemerih, dalam jarak 3 km lagi kehadapan .. pun satu kedai runcit. Poster coca cola 'Konsert Pilihan' terlekat pada peti ais. Sampai senget-sengat aku tanggalkan sebab tempatnya sempit.




Lepas sembahyang asyar, aku tuju Kg Kuala Paya pulak. Satu kg yang agak terpencil. Dalam 11 km dari rumah. Nampaknya aku tak ada rezeki di kedai runcit ini.
Bro tu beritahu, kedai sebelah dulu kedai runcit koperasi tapi dah lama tutup. Aku jenguk dari celah pintu yang berkunci .. ternampak la calender rokok MORE dan banyak lah lagi barangan rumcit yang di tinggalkan.






Menghala ke balik aku singgah minum kopi radix. Dapat free bekas gula nescafe ni lagi. Dan sign tin susu cap bendera & poster rokok marlboro tu sebenarnya dapat petang semalam lagi di Tenang Station.













Esok pagi sesi korek poster nescafe maya karin kat kedai kopi pulak.

Thursday, November 11, 2010

Mug Alicafe lagi


Akhirnya dapat juga aku mug Alicafe design ni dari satu kedai runcit kampung. Mug ni asalnya hadiah percuma dari bungkusan besar alicafe yang berharga lebih RM30. Di sebabkan pelanggan orang kampung .. bungkusan terpaksa di buka untuk membolehkan pelanggan beli sedikit-sedikit. Jadinya mug ni tak sapa yang dapat. Sudahnya aku yang dapat dengan harga RM1 setiap satu.

Koleksi Piring Hitam (EP)

Koleksi EP aku tak seberapa. Sekadar untuk menambahkan koleksi. Malu dengan orang lain yang dah penuh piring hitam satu almari.

EP Tonic Chop Gajah - A.S.MOHAMED KASSIM & Co.


[Ahmad Jais - Si Baju Merah]



[Jeffridin - Seruling Anak Gembala ]


[Kati Patang - Yeh Shaam Masatani]



[M Y Shamsudin & Fatimah Isa - Dapat Kembali]



[S Ahmad & Noraini Ahmad - Tak Chari Masakan Dapat]



Banyak sungguh bubuk buat sarang dalam sampul tu. Banayk kali bersih pun masih ada tahi bubuk dalam sampul.
Kalau bubuk jawa boleh juga buat ubat ...