Tuesday, November 16, 2010

D'Anjung Pengkalan, Segamat

Kalau di tempat-tempat lain ada kedai kopitiam klasik yang istimewa .. di Segamat juga boleh berbangga dengan kedai kopitiam ini. D'Anjung Pengkalan ini terletak menghadap sungai dan sangat hampir dengan persimpangan lampu isyarat jambatan pertama Segamat. Banyak juga menu di sediakan .. mee bandung, laksa dll. Minum ringan petang pula ada lempeng, cekodok pisang, cekodok ikan bilis, kuih melayu ..
Hari tu aku minum kopi radix RM2 & makan cekodok pisang RM5 sahaja. Cuma yang aku sedikit terkilan hari tu ialah bila aku sampai rumah .. orang rumah dah siap goreng cekodok pisang juga ..








Masa aku ambil gambar ni kurang lagi pelanggan .. sekejap tu 3-5 meja dah penuh ..

No comments:

Post a Comment