Sunday, August 22, 2010

Botol Coca Cola & Fanta Thailand

Botol isian 250ml Thailand ni aku dapat buahtangan dari seorang rakan sekerja yang baru balik dari lawatan ke Hadnyai sebelum ramadan tempohari.
Ikut cerita yang aku dengar, cukup banyak tempat-tempat menarik di Hadnyai tu. Tak kurang juga tempat-tempat yang tak sanggup aku dengar tapi telah beliau singgah waktu lewat tengah malam di sana.


Thursday, August 19, 2010

Al-Fatihah


Semalam isteri ( Hajah Nor Asmah ) kepada seorang rakan sekerja Tuan Haji Kamal Najmi B. Saringat (Eksekutif - Shif Supervisor Petronas Gas Control Centre) telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.00 pagi di hospital daerah Segamat.

Selepas solat jenazah di sempurnakan sekitar jam 3.00 ptg, jenazah terus di bawa ke kampung arwah di Lorong Sekolah, Batu 4, Sepintas, Sabak Bernam untuk di kebumikan.

Dan pagi tadi, di surau pejabat diadakan tahlil untuk arwah.
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh allahyarham dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.

Monday, August 9, 2010

Selamat Berpuasa


Insaallah jika tiada halangan, umat islam diMalaysia akan berpuasa esok hari.
Tanamkan azam untuk tambah kuatkan iman & amal kita.
Ramadan yang penuh keberkatan. " Awalnya Rahmat, pertengahannya keampunan, penutupnya bebas dari neraka "

[ Fotograf - Pertama Ramadhan Ini ]

Monday, August 2, 2010

Poster coca cola BRRRR

Dah beberapa bulan aku simpan poster ni, minggu lepas baru ada kesempatan nak frame kan.. itu pun frame yang murah-murah je.. RM30 juga.
[ FIFA World Cup 2010 ]

World Cup dah habis .. saja layan lagu rasmi FIFA World Cup 2010 ni. Enjoy!

Alang-alang dan hantar frame kan, yang satu ni pun aku bikin sekali.