Tuesday, December 29, 2009

Kotak rokok Rough Rider


Aku nak tunjuk kotak rokok Rough Rider ni sebab, ayah aku ada hisab rokok ni dulu-dulu sekitar tahun 70an. Ayah aku panggil rokok 'tembak'. Akulah yang selalu jadi mangsa pergi pekan untuk tolong belikan. Jarak rumah ke pekan adalah dalam 10 km. Berbasikal sorang-sorang di jalan sunyi .. mulut tak henti-henti baca bismillah .. sebab kekadang ada juga makhluk mengganggu walau tengahari buta, tetiba je dengar orang menyapa ..'jang oo jang, nak kemana?'. Toleh kiri kanan tak ada siapa pun. Yang ada cuma rimbunan pokok nipah. Apa lagi .. semakin kencang lah kayuhan basikal aku dengan bacaan bismillah semakin kuat .. hehe. Kekadang ayah hisab juga rokok cap captain john player tu.
Zaman dah berubah .. macam-macam rokok dah ayah aku hisap.
Orang kata 'merokok membahayakan kesihatan'. entah lah .. yang aku tengok ayah aku masih sihat walau usia hampir 90 tahun..'



Aku simpan kotak-kotak rokok ni sebagai kenangan walau pun aku sendiri bukan perokok.

Monday, December 28, 2009

Cover Kaset & CD lama-lama

[ Noramin - Impian Terluka ]


Hampir 10 tahun aku buat kerja rip kaset. Mula-mula aku convert ke MP3, lepas tu aku convert pula format real media (rm). Kaset ni semua dari koleksi aku masa bujang dulu. Semua ori.
Tapi di sebabkan HDD aku dah penuh, terpaksa aku delete semua mp3 dan kekalkan file rm sahaja. Yang ni semua cover versi zaman-zaman aku bujang dulu .. 80-90an. dan aku masih simpan puluhan kaset lama-lama ni sebagai kenangan.


[ The Queens - Tak Mengapa ]



[ Isma Aliff - Petai & Jering ]



[ Herman Tino - Tengkar Tengkaran ]




[ Cenderawasih - Sepanjang Perjalanan ]






[ Blues Gang - Zaman Berubah ]



Tapi sekarang dah tukar hobi kumpul barang-barang lama pulak. Bagi lah pelapis baru bauat kerja rip mp3. Budak-budak sekarang lagi cekap pasal kerja-kerja rip lagu ni ..
Dari CD terus boleh buat mp3.

Tuesday, December 8, 2009

Mariyon punya hobi



1966 kedai gambar pekan parit baru, Sabak Bernam
abang yon duduk sebelah kiri



1972 mandi safar di pantai sg buntu
abang yon no 4 dari kiri



1975 rombongan di Batu Cave
Abang yon di baris depan kanan sekali


Turiah, abang yon n kak yati


Mariyon Diran adalah abang sulong aku. Waktu zaman bujang nya memang suka tangkap gambar. koleksi gambar nya memang banyak.. dah banyak jenis kamera dia pakai.
Selain tu, abang aku juga ada motor lambretta yang dia pakai buat melaram waktu petang. Anak-anak aku mudah kenal abang yon sebab dia ada pakai gigi emas macam M Daud Kilau.

Gambar dulu-dulu di Awan Merah


yg berdiri kanan tu sepupu aku


Ayah aku yg berdiri di tengah
duduk sebelah kiri yang rambut gondrong tu kakak aku,
Siti Marminah Diran.



yang ini aku la. masa darjah 6 .. hehe



dulu dulu kedai simpan filem gambar kita.

Kedai gambar awan merah, Sabak Bernam ni terkenal sekitar awal 70-80an. Terletak berhampiran station bus tepi sungai Bernam. Hari sabtu ada pekan sehari di sini, jadi ramailah yang turun ke pekan tengok wayang cerita hindustan di pawagam Happy .. boleh tangkap gambar sekali. Lepas tu belilah ikan masin ke, kain ela ke di pekan sehari .. baru balik rumah.
cukup meriah zaman-zaman tu.

Friday, November 20, 2009

Jersey Coca -Cola


Dalam tahun 1998, aku ada pernah hantar borang peraduan bola piala dunia coca cola ni. Dengan syarat di sertakan 6 label coca cola saiz 1.5l kalau tak silap. Dah jadi rezeki dapat la aku jersey ni tapi kena ambik sendiri di Tampoi, JB. 3 jam perjalan aku dari rumah. 2-3 kali pusing kawasan tu baru jumpa tempatnya. Tapi sekarang aku pun dah tak ingat dah aku bagi sapa jersey tu .. sebab puas aku cari, tak jumpa ..
Pakai jersey ni masa hari keluarga di A'Famosa, Melaka.



Dan sebelum ni pun dalam tahun 1995 aku pernah ada t-shirt & cap yang ada logo coca cola Enjoy! Memang menarik. T-shirt color hitam. Cap pun color hitam.
Yang tinggal gambar ni je. Dulu memang tak terfikir nak simpan. Ada belasah je.
Aku pakai cap ni masa hari keluarga di Desa Lagoon, Port dickson. Ikut lah juga sukaneka layan anak-anak ..



Sekarang koleksi coca cola yang ada pada aku cuma jersey merah ni je. Kalau tak silap aku dapat masa musim piala dunia juga ni. tahun berapa dah tak ingat dah. Tuan rumah piala dunia masa tu Perancis laa. Masuk peraduan jugak masa tu rasanya..

Swiss Army

Aku ada dua barang jenama swiss army ni. Yang satu swiss army watch Smedvig. Beli sekitar tahun 2003 di pertama complex dengan harga RM450. Beli sebab jam lama jenama Guess hilang tertinggal dalam tandas di station petronas Muadzam Shah, Pahang. Tali asal jenis kenves tapi dah rosak jadi aku ganti tali kulit. Nipis dan ringan. Jarang pakai pun sebab dalam hp dah ada jam.





Yang satu lagi swiss army knife cenderamata hari keselamatan keluaran tahu 1994. Tak pernah guna kecuali pencungkil gigi nya yang tersorok sebelah atas tu .. hehe.


Tuesday, November 17, 2009

Pelita Lama




Dulu-dulu orang gunakan pelita minyak tanah ni sebab masa tu tak ada lagi lampu elektrik. Tapi sekarang zaman dah berubah. Orang gunakan pelita ni untuk perhiasan je. Gantung di dinding buat tunjuk cantik-cantik. Nak beli di kedai pun susah nak jumpa lagi kedai yang jual pelita ni. Terpaksa keluar-masuk banyak kedai hardware ..
Satu hari tu aku masuk kedai hardware usang di pekan sini. Saja-saja tanya pelita dinding ni. Cina tu terus masuk ke belakang dan keluar dengan 2-3 biji pelita.
Semua saiz kecil. Tanya yang besar cina tu kata dah tak ada. Memang jarang kedai jual pelita ni sekarang katanya. Aku iakan saja sambil suruh bungkus satu .. emmm RM4 saja rupanya.



Jam 5:30 ptg anak aku balik sekolah agama. Suka dia tengok aku gantung pelita ni kat dinding. Suruhnya lagi aku beli minyak tanah, nak nyalakan pelita .. isssh ke situ pulak, aku diam kan je.
Ini lah budak zaman sekarang. 10 tahun baru jumpa sekali. Aku dulu sampai terbakar baju sebab hari-hari kerja pasang pelita tiap petang ..

Thursday, November 12, 2009

Radio lama PHILIPS all transistor


Saya tak ingat bila radio ni ayah saya beli, tapi masa saya darjah 1-6 (1971-1976) saya ingat radio ni dah ada buat dengar siaran 'bangsawan diudara' dari stesen Singapore. masing-masing lekat telinga ke speaker radio sebab kekadang siaran kurang memuaskan .. lebih-lebih lagi bila hujan.
Lepas tu memang rasa lama tak nampak radio ni .. hinggalah 3-4 tahun lepas aku selongkar almari di dapur rumah, terjumpa laa radio ni.

Body masih lengkap, cuma tak befungsi sebab isi dalam pun dah banyak yang reput dan putus wire nya. kulit pembalut body tu pun dah keras. tak boleh tarik kuat-kuat, nanti koyak susah pulak nak repair. cakap mudah .. memang sesuai buat perhiasan je la.
sebelah belakangnya ada satu point untuk cocok guna letrik, tapi dulu rasanya tak pernah pun guna letrik .. sebaliknya cuma guna battery sel kering. sebelah atas point tu ada tulisan 'Made In Holland'
Sebelah bawah yang panjang tu lubang angin.



Atena dia kena cacak ke atas cam ni. tapi dulu memang tak memadai atena ni .. abang aku sambung wire sampai ke bumbung, baru dapat dengar siaran radio dengan jelas. Tapi itu radio dulu-dulu la. sekarang semua digital .. design pun macam-macam.

Tuesday, November 10, 2009

Hair clipper


Ayah aku bukan lah kerja tukang gunting tapi dia beli barang ni sebab nak pakai buat gunting rambut aku ngan abang aku je. Memang cukup ngeri kalau sampai hari gunting rambut .. sebab jambul kesayangan ku pasti kena cantas sampai nak botak kepala aku.. sedih sampai ke malam bila teringat jambul A Ramlie aku dah tak ada.
Aku simpan barang ni buat kenang-kenangan. Dah bubuh minyak nampak berkilat sikit.

Sony FH-7 MKII

hi-fi ni aku beli masa bujang dulu (1984) di Kota Raya komplex. Masa tu harga nya lebih RM800. Siang malam pasang kaset Allycats & Kembara. Lepas setahun, aku beli pula turntable brand telefunken. Nak dengar radio masa tu tak dapat sebab gelombang area aku tinggal tak dapat siaran FM.
Semua kaset ori yang aku beli. Lokasi popular yang aku selalu beli ialah area komplex Teruntum, Kemaman n Dungun.



Masa kakak umur dalam setahun (1989) aku dah tukar selera dari pop ke rock. Masa tu aku suka beli kaset Ramli Sarip .. kaset yang paling nostalgia masa tu album 'Bukan Kerna Nama'. (aku menulis bukan kerna nama .. hehe)
Tapi itu kenangan dulu-dulu. Sekarang hi-fi Sony FH-7 MKII aku ni dah tak lengkap. Tinggal deck utama nya saja yang tinggal. Speaker nya dah jahanam terendam air banjir masa tinggal di Puchong dulu. Yang ni pun cuma power nya yang ada.. Turner & kaset player pun dah rosak. Minggu lepas aku ada la cuba hantar repair kat sony service center di Midvelly tapi sony reject sebab barang ni dah lama sangat. dah tak ada part.



Kalau ada kawan-kawan yang masih lagi simpan speaker sony fh-7 MKII atau sony fh-7 MKIII boleh lah jual ke aku. tak bunyi pun tak apa, janji box dia masih elok .. tolak murah-murah dah la.

Wednesday, October 28, 2009

Cawan Lipton Kopitiam


Minggu lepas masa aku balik dari Kuantan, aku singgah lah makan tengahari di satu restoran tak jauh dari TUDM Kuantan. Masa tengah makan tu, aku terpandang ada 6 pasang cawan Lipton Kopitiam ni dalam almari di belakang counter. Dalam masa nak bayar tu aku saja la tanya-tanya cawan tu.
Makcik tokei tu kata, dah lama dia simpan cawan ni. Free gift masa beli teh lipton dulu-dulu.
Sepontan aku kata nak beli 2 pasang (cawan + piring) buat koleksi. Elok je makcik tu keluarkan 2 pasang cawan, masuk dalam bag plastik dan letak atas meja. "Makcik bagi hadiah je ni". katanya. "Terima banyak lah makcik"



Samapai rumah aku terus basuh bersih-bersih, lepas tu guna buat minum petang sambil tangkap gambar. Tak sempat nak hidang biskut Jacobs tu pulak ..