Tuesday, November 10, 2009

Sony FH-7 MKII

hi-fi ni aku beli masa bujang dulu (1984) di Kota Raya komplex. Masa tu harga nya lebih RM800. Siang malam pasang kaset Allycats & Kembara. Lepas setahun, aku beli pula turntable brand telefunken. Nak dengar radio masa tu tak dapat sebab gelombang area aku tinggal tak dapat siaran FM.
Semua kaset ori yang aku beli. Lokasi popular yang aku selalu beli ialah area komplex Teruntum, Kemaman n Dungun.



Masa kakak umur dalam setahun (1989) aku dah tukar selera dari pop ke rock. Masa tu aku suka beli kaset Ramli Sarip .. kaset yang paling nostalgia masa tu album 'Bukan Kerna Nama'. (aku menulis bukan kerna nama .. hehe)
Tapi itu kenangan dulu-dulu. Sekarang hi-fi Sony FH-7 MKII aku ni dah tak lengkap. Tinggal deck utama nya saja yang tinggal. Speaker nya dah jahanam terendam air banjir masa tinggal di Puchong dulu. Yang ni pun cuma power nya yang ada.. Turner & kaset player pun dah rosak. Minggu lepas aku ada la cuba hantar repair kat sony service center di Midvelly tapi sony reject sebab barang ni dah lama sangat. dah tak ada part.



Kalau ada kawan-kawan yang masih lagi simpan speaker sony fh-7 MKII atau sony fh-7 MKIII boleh lah jual ke aku. tak bunyi pun tak apa, janji box dia masih elok .. tolak murah-murah dah la.

1 comment:

  1. hello pak cik, sa da baca artikel pak cik, sgt menari sekali, saya seorg mempunyai hobi mengumpul barang2 lama seperti radio lama... saya sangat suka radio era 80an ...jika pak cik tahu ttg org yg hendak jual radio jenis sony fh-7 atau fh-15 pak cik bg taw sya ya.. tq.

    ReplyDelete