Monday, February 28, 2011

Botol Root Beer A&W 285ML

Kondisi botol memang masih cantik. Masa aku jumpa di tepi satu warung kosong .. botol ni di kelilingi botol-botol kicap dan carlsberg. Terpaksa aku kuis-kuis pakai ranting pokok ketapang.


Wednesday, February 23, 2011

Mug Lipton Berkawan-kawan

Senaman mulut & tekak masa minum teh lipton .. mmmmm.. aahhhhh .. Yang kuning-kuning juga pilihan aku buat koleksi ..



Thursday, February 17, 2011

Nescafe Family

Beberapa barangan nescafe yang baru terpijak. Yang menarik perhatian aku adalah hanya set cawan merah nescafe yang aku jarang nampak .. di sebabkan cawan ini terpaksa juga aku beli item-item yg lain walau semua benda tu aku dah ada.


Tuesday, February 8, 2011

Jangan Curi

Tempohari waktu perjalanan balik KL melalui Felda Keratong-Bahau-Kuala Pilah-Senawang-KL, sempat aku singgah makan tengahari di satu kampung tak jauh dari kuala pilah.
Dalam masa makan tu, terpandanglah aku sederet 4 pintu kedai kayu lama di seberang jalan. Tapi sayang sebab semua kedai tutup sempena tahun baru cina. Hendak je aku umpil beberapa sign yang ada di atas pintu kedai ni .. tapi iman aku berkata 'Jangan Curi!'




Monday, February 7, 2011

Selamat Pengantin Baru

Di ucapkan 'Selamat Pengantin Baru' buat anak saudara aku
Zanaria Bt. Mohamed
&
Azrul Hafiz B. Mat Sharif
Majlis telah berlangsung pada Ahad 6 Febuari di No. 69, Kg Sri Langkas Tambahan, Puchong. Semoga berkekalan hingga ke anak-cucu.
[ Datin Rafeah Buang - Joget Pengantin Baru ]



yang ini persembahan silat pulut oleh abang aku Maryon.

Ahad 13 March ni majlis sebelah pengantin lelaki akan diadakan di Felda Keratong 2 pulak.