Wednesday, October 28, 2009

Cawan Lipton Kopitiam


Minggu lepas masa aku balik dari Kuantan, aku singgah lah makan tengahari di satu restoran tak jauh dari TUDM Kuantan. Masa tengah makan tu, aku terpandang ada 6 pasang cawan Lipton Kopitiam ni dalam almari di belakang counter. Dalam masa nak bayar tu aku saja la tanya-tanya cawan tu.
Makcik tokei tu kata, dah lama dia simpan cawan ni. Free gift masa beli teh lipton dulu-dulu.
Sepontan aku kata nak beli 2 pasang (cawan + piring) buat koleksi. Elok je makcik tu keluarkan 2 pasang cawan, masuk dalam bag plastik dan letak atas meja. "Makcik bagi hadiah je ni". katanya. "Terima banyak lah makcik"



Samapai rumah aku terus basuh bersih-bersih, lepas tu guna buat minum petang sambil tangkap gambar. Tak sempat nak hidang biskut Jacobs tu pulak ..

Nikon D60


Sebenarnya anak yang belajar di UNISEL sec 7, Shah Alam talipon aku 2-3 hari lepas nak pakai kamera SLR katanya. Kebetulan sorang kawan di pejabat nak jual kamera SLR Nikon D60 .. dah pakai dalam setahun juga. Dia pun jarang-jarang guna.. adalah 6-7 kali pakai.
Dia letak harga RM1500 sekali memori card 4GB, lens filter & casing brand SteinZeiser.

Kira boleh lah harga ni, yang baru pun dalam harga RM2500 juga. Lagi pun yang nak pakai budak-budak nak belajar. Bimbang tak terjaga je, tau-tau hilang.
Hari tu pun HP dah hilang .. tercicir dalam teksi katanya. Ni lagi lah barang ada harga .. tapi harap budak nya tau jaga.
Kena faham, ayahnya susah cari duit.


Apa pun aku tengok Nikon D60 ni memang mantap .. boleh sangat kalau nak pakai. Image memang cantik hatta ambil gambar waktu malam.
Budak-budak nak belajar pun memang mudah nak kendali, semudah 123 ... Cuma time-time cam mini sesak sikit nak keluar duit .. ada 25 hari lagi nak masuk gaji ni. hehe

Saturday, October 24, 2009

Lampu Gasoline


Beberapa minggu lepas aku balik kerumah abang ipar di Kg Langkas Tambahan, Puchong atas urusan kenduri kahwin. Jumpa la lampu ni (brand butterfly) atas reban ayam dalam keadaan tak terurus .. berhabok & berkarat. Jadi aku pun mintak izin untuk tolong bersihkan.
Sampai di rumah aku pun terus mula buat projek cuci karat guna autosol sampai berkilat macam 3/4 baru. Seminggu juga semua kerja baru siap.
Kalau dulu-dulu masa kampung aku belum masuk letrik, lampu gasoline ni la yang orang kampung pakai untuk terangkan rumah masa hari raya, kenduri kendara atau apa juga keraian ..
Sekarang semua tinggal kenangan. Yang ada pun di buang-buang. Tapi di indon pakai lagi lampu gasoline .. brand new pun masih ada.


Cover atas tu asalnya dah berkarat dan color putih, tapi lepas aku gosok .. aku spray color biru. Mula memang nak spray color putih semula tapi tin cat yang ada cuma color biru, aku pun spray je ..

Dan entah macamana masa sebok -sebok tengah kemas-kemas.. cermin kaca gasoline nya terhentak ke simen. Pecah laa .. adeh. Hati aku pun ikut retak.
Aku pun cepat-cepat start kereta .. pergi 5-6 kedai hardware sekitar pekan. Alhamdulillah ada satu kedai tu jual dengan harga RM10.00 sebiji. Sun brand .. ok la.
Dah siap pasang aku gantung semula.


Friday, October 23, 2009

Mug Alicafe


Dulu beli satu bungkus besar Alicafe dapat free gift mug ni. Aku sempat dapat beli 6 free gift mug design ni. Lepas tu aku stop beli alicafe sebab rasa dah banyak tongkat ali masuk perut aku ni .. rasa satu bahaya pulak. Lepas tu keluar pulak free gift mug yang ada gambar Mawi & Rosyam Nor. Yang ni tak sempat beli ....

Mug ni walau warnanya hitam, tapi nampak menawan. Macam ada something kalau di tenung lama-lama .. hehe
Ditambah ada gambar biji kopi segar dan petir sambar-menyambar, menambah kan lagi mug ni nampak lebih klasik. Cerah mata kalau dapat minum alicafe masa penat drive malam-malam ... lagi pun rasa alicafe ni memang ada kelainan.. mungkin lebih creamer yang dicampur.


Di bawah tapak mug ni pun ada cop Power Root & Alicafe


Thursday, October 22, 2009

Mug Nescafe


Tak boleh tahan bila tengok iklan nescafe yang minum guna cawan ni. aroma yang harum ..
Cawan ni aku dapat dari sebuah warong kopi di Segamat. Belum lagi rere tapi memang payah nak dapat mug yang macam ni.
Botol baru nescafe sekarang pun nampak lebih menarik .. kena simpan satu juga nampak gayanya.













Nescafe + cofee-mate memang minuman kegemaran aku waktu minum petang, kena dengan tempe goreng cicah sambal kicap .. perrrrh ..


Rengit

Semalam (15/10/09) selepas pulang dari JB, aku sempat singgah ke pekan Rengit. Keluar tol Ayer Hitam, terus ke pekan Rengit ikut jalan pintas Parit Botak. Tujuannya untuk melihat-lihat komplek barangan terpakai yang di usahakan oleh kalangan orang asli.
Tak beli apa pun sebab yang di cari tak ada.
tapi bagi yang nak cari barangan elektrik, perabut jati & audio/video memang lah banyak. Harga pun boleh kata murahlah .. semua dari Singapore.


Sebuah gerai yang menjual perabut jati



Kena masuk baru boleh lihat apa yg mereka ada jual.


meja makan pun ada



penat berjalan .. singgah minum di Parit Botak.
Hampir 2 jam juga aku keluar masuk kedai di kawasan situ.

Tuesday, October 20, 2009

Kamera Antik


Dulu-dulu asal singgah satu-satu tempat, kedai pertama yg aku terjah ialah kedai kaset yang ada jual kaset lama-lama.
tapi sejak tak buat kerja rip lagu ni, aku suka bersihkan barang-barang lama yang aku anggap ada nilai kenangan zaman dulu-dulu.
Kamera ni jenama Minolta. Beli masa tingkatan 4 dulu (1980). Kamera ni guna film saiz 110. Semua masih lengkap..