Monday, May 31, 2010

Aku dan Kenangan (Raja Sehari)

Aku jadi raja sehari ketika berumur 22 tahun. Puas pujuk ayah aku pergi meminang setahun sebelum tu. Pada mulanya ayah aku enggan pergi.. alasannya aku masih budak-budak.
Terpaksa aku wakil kakak sulung aku pujuk ayah supaya setuju pergi meminang. Ayah aku mengalah juga sudahnya. Aku bertunang pada 20-10-1985 dan bernikah pada 21-10-1986.
Buat majlis sederhana pun je.
[ M Daud Kilau - Pengantin Bersanding ]



JAwa + kelaTE = JATE
tapi itu semua teori saja. Sebabnya selepas 25 tahun menjadi suami-isteri.. aku dapat semua 5 orang anak TINO. tak dok JATE seko habuk. Apa pun aku terima ketentuan Allah. Yang penting anak-anak sihat.
Sayyidah - Ambil Diploma of Nursing di Kolej Kejururawatan Murni. Lagi 2 bulan habis la belajar. Skg ada di Hospital Sg. Petani practical.
Suraya - Di UNISEL sec 7, baru tahun pertama. Degree in Digital Graphic Design
Siti Norlela - Di Matrikulasi Ipoh, Perak, Kemasukan pada 10 mei tempohari.
Siti Fatimah - Tingkatan 3
Aishah - Darjah 5

Thursday, May 27, 2010

Aku dan Kenangan (Kerteh)

Habis kursus, pada 8-4-1984 aku di ditempatkan bekerja di Kerteh.
Cukup sukar kehidupan aku ketika itu. Kerteh tampak lebih kepada pekan koboi. Sunyi .. Kedai makan hampir tiada langsung. Kalau ada pun lebih kepada masakan selera setempat. Apa tidaknya bila aku sendiri terpaksa makan roti canai berkuahkan ikan tongkol masak cili tiap hari di warong LIZA Punk. Nak tau siapa LIZA Punk? tak payah lah, dah kahwin pun dia.


Bila petang pulak, kerap aku makan nasi dagang di kedai Mok Cik Gemok kat Kg. Telaga Papan. Sebelah malamnya masok balik warong LIZA Punk.
[ Rahim Maarof - Lizawati ]

Yang ada pun selalunya lauk telor mata kerbau atau ikan kembong goreng. Sebab tu masa di Kerteh dulu aku dapat elaun sengsara. Memang sesuai dengan kehidupan aku ketika itu. Itu yang bila nak tidur malam, tangan letak dahi .. meronta-ronta jiwa ingat nak cepat kahwin.


Wednesday, May 26, 2010

Aku dan Kenangan (Trengganu Kita)

03/01/1983 jam 04:00 pagi .. Bas express Mara Mesra yang aku naiki telah sampai di perhentian bas Kuala Terengganau. Ini lah pertama kali aku menjejakkan kaki di negeri Terengganu.
[ Iklim - Blues Terengganu Kita ]


Pagi tu, sarapan tradisi terengganu yang pertama aku jamah ialah nasi minyak dengan lauk ayam gulai. Lokasinya sebelah kubur dekat bulatan penyu (Jalan Ladang)
Di sebabkan sedari petang perut aku tidak di isi apa-apa, jadi aku cakap lah dengan pak cik gerai tu .. ' boleh tambah nasi ngan lauk sikit tak pakcik?'. Pak cik tu jawab apa. 'Jangan tamok, doh habih kang mintok lah lagi'
Cih .. pakcik tu bukan tau aku tengah lapar.. tapi teguran pakcik tu ada kebenarannya, sebab sepinggan nasi minyak yang di hantar memang banyak.


Lokasi gambar dibawah ialah banglo Kuala Ibai, Kuala Terengganu.


Tepat jam 8 pagi, aku sudah berada di pejabat pendaftaran. Ramai juga peserta lain yang dah sampai. Seketika kemudian pendaftaran mula di buka.. aku pun mendaftar di salah sebuah meja.
Bila saja aku hulur surat tawaran tu.. termenung sekejab pegawai tu. 'Ini bungkus belacan ke ape?
Sebabnya, walau surat tu aku sudah seterika, ia tetap berkedut 1000. Aku senyum kambing je. nak kata apa.
Ingat lagi aku nama pegawai tu .. En. YUSOF Bin AYOP.

Monday, May 24, 2010

Aku dan Kenangan (Lps SPM)

Lepas SPM (januari 1982) aku duduk rumah Kak Yati di Kg. Malaysia Jaya, Jalan Kuchai Lama. Disebabkan bosan duduk rumah, aku pun ikut kawan-kawan kerja di Carpet International. Di sini aku berkawan dengan sorang budak India ( namanya Prema). Yang seronok tu dia cukup suka dengar lagu melayu.. terutama lagu Alleycats - Andainya Aku Pergi Dulu. Gaji di sini kecik, tapi aku kerja ni pun saja suka-suka .. kata orang .. nak cari makan bang..
[ Din Beramboi - Cari Makan ].

Kerja susah, Tak kerja lagi susah. Tahan la 5-6 bulan aku kerja disini.
Behenti kerja Carpet International, Aku dapat kerja ngan Tabung Haji Jalan Ipoh. Masa tu pasar borong masih bertapak di belakang bangunan Umno wilayah tu. Dari Jalan Sungai Besi aku naik bas mini no 13 dan turun di Chow Kit Road.
[ Kembara - Bas no. 13 ]

Dari jejantas Chow Kit tu aku jalan kaki ke Tabung Haji. Pergi kerja ok lah, tapi bila petang masa nak balik tu.. pengalaman tunggu bas mini memang cukup menyakitkan jiwa. Apa tidak nya, aku tunggu bawah jejantas, bas berhenti depan Batu Road supermarket, jadi kerja aku pulak berkejar ngan bas..sampai-sapai bas dah penuh. Tunggu depan Batu Road, bas pulak berhenti bawah jejantas. Gitulah hari-hari. Sudahnya aku naik bas sri-jaya ke puduraya. Di puduraya lain pulak kisahnya, sampai je bas Tong Fong dari Sungai Besi di terminal puduraya tu, orang ramai berebut serbu,naik ikut pintu belakang, ikut tinggkap pun ada dan yang naik ikut tangga depan memang cukup ramai lah. Malas nak berebut, aku balik rumah lepas jam 7-8 malam.


Semakin hari aku tinggal di KL ni, semakin serabut fikiran aku rasakan. Sebenarnya kalau ada duit, semua boleh jadi.. Tapi dengan gaji RM450 sebulan, apa boleh aku buat?
[ Kembara - Duit ]

Tambang bas hari-hari, sarapan pagi, makan tengahari, joli sikit-sikit.. gaji habis gitu saja.
Belum cukup bulan aku dah pinjam duit arwah kak Yati untuk buat tambang pergi kerja.
Satu hari tu, aku dapat panggilan temuduga & IQ test untuk masuk satu Institut Latihan Kemahiran di Kuala Terengganu. Temuduga di adakan di See Hoy Chan Plaza, Jalan Raja Chulan..
jam 09:00 pagi.
Dalam 1000 orang yang hadir, cuma 16 orang terpilih. dan aku salah seorang yang bernasib baik itu. Lepas seminggu, surat tawaran pun sampai.. suruh lapor diri di pejabat latihan beralamat Bangunan Kesang, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 03-01-1983.
Dalam fikiran aku sudah terbayang ketenangan pantai yang indah di Terengganu. Lalu aku tunjuk surat tawaran tu ke arwah kak Yati. Arwah kak Yati buat-buat tak dengar apa yang aku cerita. Aku faham, dia tak setuju kalau aku pergi jauh.
Lagi 2 minggu tarikh untuk pergi, tak boleh jadi ni. Kena bincang betul-betul dengan kak Yati ni. Satu malam tu lepas balik surau, aku cakap sekali lagi pasal surat tawaran tu. Kak Yati kata ' tak payah pergilah Jang.. kerja saja elok-elok kat Tabung Haji tu' itu lah.. ini lah.
Hati aku cukup hiba, aku gumpal-gupal.. aku pijak-pijak.. lepas tu aku ambik dan campak surat tawaran tu ke tong sampah kat luar pintu.
Terus aku ambik selimut & bantal.. masuk tido.
Arwah kak Yati & suaminya hanya mampu diam saja aku buat begitu.
Sebenarnya aku tak tidur pun. Mana dapat tidur kalau hati tak tenteram. Dalam diam-diam aku bangun dan buka pintu dapor. masa tu dekat jam 03:00 pagi rasanya. Aku selongkar semula tong sampah kat luar tu. Ada lagi .. [ P. Ramlee - Pukul 3 pagi ]
Kerja aku lepas ni ialah cari seterika. Dah jumpa.. aku seterika semula surat tawaran yang yang dah renyuk tu.
Berasap-asap seterika tu bila terkena air mata aku yang jatuh menitik dengan banyaknya.
Esok di pejabat, aku hantar surat berhenti kerja dalam tempoh 2 minggu. Dan petang itu aku booking tiket bas ekpress Mara KL-Kuala Terengganu di medan Mara.




Gambar diatas aku bersama Amir Hamzah, kakitangan Tabung Haji bahagian acc. Gambar diambil di hadapan pejabat Tabung Haji jalan Ipon 1982.

Aku dan Kenangan (Asrama)



Selama 5 tahun (1979-1981) aku membesar makan nasi kawah di Asrama Doktor Latif (asrama Yayasan Selangor). Lokasinya di Persiaran Gurney, KL. Sekolah nya pula sekolah orang putih di puncak Bukit Nanas. Tapi 2-3 tahun lepas, aku ada ronda jalan tu, asrama nya dah tak ada pulak.. yang ada cuma tiang & laluan LRT ke Keramat. Di fahamkan, asrama baru sudah di bina di bandar Klang.


Pengalaman tinggal di asrama memang nenyeronokkan. Mula masuk tingkatan satu tu, aku tengok berebut abang-abang ni pilih budak-budak baru untuk di jadikan pet. Yang jambu & yang gebu, semua kena booking. Aku tak ada la terlibat ..
Time 'Hari Anikaragam' yang di adakan setiap pertengahan tahun pulak memang di tunggu-tunggu oleh semua pelajar. Masing-masing nak tunjuk skill. Lagu-lagu popular jadi pilihan untuk di persembahkan. Antara yang dapat aku ingat ialah lagu Quinary M - Cinta Palsu , Sweet Charity - Bagaikan Bermimpi dan D'llyod - Tak Mungkin. Kenapa ramai berebut nak buat persembahan ni? Sebabnya ramai pelajar perempuan dari Asrama Toh Puan Norashikin, Kg Pandan & Asrama Felda, Jln Semarak di jemput sekali. Tu yang semangat tu.
Tapi masa pelajar asrama felda buat persembahan, aku cukup berkenan ngan lagu ini Conway Twitty & Joni Lee - Don't Cry Joni.

Tahun bila dia orang buat persembahan, aku kurang ingat.
Antara pelajar felda yang aku kenal ialah Shamsudin Musa, Gulam Ahmad & Dollah.
Time hari biasa, kita orang memang kena belajar.. Lepas isyak sampai 12:00 malam. Di tingkatan lima, masa-masa ulangkaji tu aku masih terdengar-dengar lagu ini .. Alleycats - Seribu Bintang dan Flybaits - Kenangan Lalu. pakai radio transister je, beli di Chow Kit Road.
Antara lagu barat yang aku minat masa sekolah ialah KISS. Lagu KISS - I Was Made For Loving You memang aku simpan sampai sekarang. Samada aku minat ngan lagu dia orang atau poster-poster dia orang pun aku kurang pasti. Lain-lain lagu inggeris yang sering aku dengar masa sekolah dulu ialah Leo Sayer - When I Need You , Eruption - One Way Ticket dan Jason Donovan - Sealed With A Kiss.
Kalau ada duit lebih, sempat juga aku beli stem hari pertama di pejabat pos Jln Gurney.. dan masih lagi aku simpan sampai sekarang.
Sayang semua buku-buku sekolah sudah aku tohok mana entah, bag sekolah, wallet, lencana sekolah, kad raya asrama semua pun dah tak jumpa .. memang sayang.


Lepas SPM (Dicember 1981) aku merayau satu Selangor dengan Zainal Atin. Lokasi gambar ini ialah Istana Jugra, Banting . ..

Sunday, May 23, 2010

Aku dan Kenangan (70an)

Ibu dan Ayah

ni gambar pengantin baru ibu & ayah aku. Gambar diambil di kampung aku, Kg. Parit Baru, Sabak Bernam, Selangor.. Tahun 1944
Nama ibu Maryaton bt Dasuki dan nama ayah aku Diran Hj Noor. Masa pengantin baru tu umur ibu 13 tahun dan ayah berumur 21 tahun.
Tapi ibu aku sudah meninggal pada 1975, masa tu aku dalam darjah 5 lagi. ALFATIHAH untuk arwah ibu.

Kenangan sepanjang zaman kanak-kanak aku antara 1971-1976 memang cukup banyak lagu-lagu lama yang sempat aku dengar dari radio Philips di rumah aku tu. Masa aku darjah satu (1971) ada 2 lagu yang sangat aku suka dengar ketika itu.
A. Romzi - Lagu Tiga Kupang dan S. Effendy - Penjual Roti
Dan muzik Ron Goodwin Orchestra ni pulak selalu kedengaran di radio waktu nak buka puasa atau sebelum masuk waktu subuh. Kalau bulan puasa, awal-awal lagi dah ke pekan.. beli 'ais gergaji' . Kalau waktu subuh memang aku masih dalam kelambu lagilah .. sementara tu ayah pergi masjid.
Dan masa aku darjah satu, ada satu kenangan yang tak boleh aku lupakan. Kisahnya begini: satu hari dalam kelas 1 Biru, cikgu kelas aku namanya Umar Ali mengedarkan beberapa keping gambar anak katak (berudu). Seketika kemudian cikgu pun bertanya pada semua murid " apa nama anak katak ini ?". Semua murid senyap, termasuk aku. Tiba-tiba cikgu bertanya soalan pada aku. "Omar sila jawab". Dengan penuh confidentnya aku pun bangun dan menjawab "KECEBONG cikgu .." (kecebong adalah bahasa jawa yg membawa makna berudu yakni anak katak). Semua murid diam. Aku rasa semua murid setuju dengan jawaban aku .. sebab mereka semua pun jawa macam aku. Jadi sila dengar lagu ini Dikir Barat - Crazy Frog.



Mbah Empon (Hajjah Masinah Bt Hj Abdul Karim)



Ini pulak mbah aku sebelah ibu. Asal dari Kg Magelang, Semarang, Jawa Tengah, Indonesia. Di kampung semua kenal kalau sebut mbah Empon. Pandai urut dan menjadi rujukan dalam banyak perkara seperti hal-hal kenduri-kendara dll. Kalau time kenduri kahwin, mbah selalu ambil tugas bungkus lauk & berkat. Kalau tak jaga, lauk nanti tak cukup .. mbah meninggal pada Dec 1993 pada usia hampir 100 tahun.
Suami mbah pula bernama Mohamad Dasuki Bin Warsan. Asal kampung yang sama iaitu di Jawa Tengah, Indonesia.

Dalam era 70an teringat aku satu filem indonesia bertajuk 'Akhir Sebuah Impian (1973)' dengan membawa bersama satu kumpulan Favourites Group - Pesan Kakek . Abang aku pun banyak terpengaruh dengan budaya penyanyi indonesia ketika itu.
Seluar labuh sampai tutup kaki, rambut panjang. Nama elok-elok panggil Mariyon, dah tukar jadi Samolo. Yang seronok tu, petang-petang geng abang aku melaram dengan moto lambreta masing-masing. Orang Kampung panggil 'Geng Taucho' (ada la ceritanya zaman tu)
Juga lagu ini Titiek Sandhora & Mochsin - Dunia Belum Kiamat tak kurang popularnya di pendengaran telinga peminat tika itu. Tapi banyak juga lagu melayu yang aku tak boleh lupa, terutama lagu ini Kadir & The Breakthru - Pendekar Kung Fu dan juga penyanyi yang masih di kenali ramai sehingga kini M. Ishak - Kawanku Yang Lucu . Terkenang aku kawan-kawan Sekolah Kebangsaan Parit Baru (1976 darjah 6 kuning) .. terutama Samad Yahya B. Bahran, Mohd Zaki b Sulaiman Bakir, Rosmawati bt bani dan Siti Rohimi bt Hamedon. Apa khabar kalian semua agaknya?

Friday, May 21, 2010

Botol 7UP 750ml

Nasib baik dia tulis 'saiz famili'. Kalau di tulisnya saiz Adibah Noor atau saiz Malek Nor, memang susah nak menghabiskan air sebanyak tu. Keadaan botol masih cantik lagi masa aku jumpa. Kalau tak salah, ada satu lagi design yang sedikit berlainan dari botol ini walau pun saiz isiannya sama dengan logo 7UP nya dalan kedudukan menegak. Ada rezeki boleh cari lain kali ..



Botol ini aku jumpa dari sebuah kedai apek yang tak jauh dari sekolah anak aku. Dalam perjalanan nak ambil anak balik sekolah, aku singgah dulu sekejap. Dalam keadaan yang tergesa-gesa, aku cuma dapat botol ini, 1 signboard coca cola dan 5 signboard rokok salem. Aku cuba minta nak beli tin tarik aveready tu .. tapi memang apek tu keberatan nak jual.





Dan masa aku hulur tangan nak ambil tin milo yang macam dalam gambar diatas, terkejut aku sebab celah kotak tu ada sarang lebah. Terus tak jadi aku ambil tin tu ..

Thursday, May 20, 2010

Tin Rokok Rothmans King Size

'Container Designed And Made In England'. Perkataan ini ada tertera di satu sudut ruang tin ini menunjukkan yang masa zaman tu Malaysia mungkin tak ada kepakaran design dan mengilang tin seperti ini. Keluaran 70an.
Berapa batang rokok agak-agak boleh susun dalam tin berbentuk seperti kotak pensel ni gamaknya? Tapi tepi tin ni ada tulis juga 200 cigarettes .. boleh susun 200 batang rokok la tu agaknya. Masa ni juga kalau jalan kampung aku ada selekoh tajam, orang akan namakan 'selekoh Rothmans'. Kenapa ya?



Wednesday, May 19, 2010

Yang Lama Yang Baru

Dah 11 tahun aku pakai honda civic ni. Dah banyak jasa keter ni pada aku. Seluruh bandar di semenanjung dah pernah aku sampai dengan civic aku ni.
Tapi bak kata pepatah jawa: 'patah tumbuh hilang berganti'

Dan akhirnya, penggantinya pun dah sampai ptg tadi .. FD2




Tapi kalau dapat pakai type R ni lagi puas hati. Type R ni anak tokei 'Restoren Nasi Ayam Gemas' yang punya la.

Tuesday, May 18, 2010

Ashtray rokok Mild Seven

Pagi tadi lepas aku hantar anak sekolah, aku singgah sarapan roti telor + air susu kambing dekat satu warung di sini. Tetiba nampak ashtray rokok Mild Seven ni dekat satu penjuru meja yang kosong.
Apa lagi .. masa nak bayar tu aku tanya la pasal nak beli ashtray ni.
Dah nak jadi rezeki .. abang tu bagi free je.



Sunday, May 16, 2010

Piring Hitam (LP) lama-lama

Dulu-dulu sekitar 70an hanya piring hitam lah sumber hiburan yang boleh di beli di pasaran. Hampir setiap rumah ada turntable. Speaker letak dalam tempayan untuk dapat bunyi yang baik. Antara yang original dan yang cetak rompak, sama rancak jualannya di kedai-kedai muzik. Superstar zaman tu Dhalan Zainudin la.
Zaman berubah. Masuk tahun 80-90an, jualan piring hitam semakin pupus. Kaset mengambil alih fungsi hiburan masa itu.
Semua piring hitam ni aku beli masa tahun 1985-1987. Cuma ni yang sempat aku selamatkan. Sekarang benda ni dah jadi barang antik sebab rasanya tiada syarikat rakaman yang mengeluarkannya lagi.


Sudirman - Nama Seindah Wajah



Sudirman - Tiada Dendam Di Hati




Bobby - Main Shair To Nahin




Dalam pada aku bungkus cantik-cantik pun, sempat juga semut buat sarang dalam sampul ni. Terpaksa aku spray dengan Ridsect!

Saturday, May 15, 2010

Iklan air cap kaki tiga

Iklan ni keluar setelah terlalu banyak air badak jenama tiruan yang ada di pasaran ketika itu yang mana botol dan label nya hampir menyamai keluaran cap kaki tiga.
Keratan iklan aku dapat dari Utusan Malaysia sekitar 2001


*1980an - Botol kaca telah di tukar kepada botol PET pada 1985 untuk kebersihan, keselamatan dan kemudahan.
*1990an - Dari 1997 penutup aluminium ditukar kepada penutup plastik untuk kebersihan dan keselamatan.
*Dari 2001 - Memperkenalkan pek baru dengan penampilan yang lebih menarik dan moden untuk kekal unggul.

Wednesday, May 12, 2010

Sony FH-7 MKII complited

Berita lama yang di beri nafas baru.
Hasil ihsan seorang sahabat yang sudi memberikan speaker sony model apm-078 ni kepada aku, maka lengkaplah set Mini-Hifi Sony FH-7 MKII aku ini. Model 1984 yang sangat mantap bunyinya pada zaman itu.