Sunday, December 18, 2011

Cerita K500i

Cerita ni berlaku beberapa tahun lepas. Sempena cuti panjang bulan Desember, aku balik KL untuk beli barang2 sekolah anak aku di SOGO. tapi yang sebenarnya aku nak beli HP idaman di Pertama Complex .. Sony Ericsson K500i. Dalan RM600 harga masa tu.

Ke esokannya aku ada urusan yang perlukan duit lebih, jadi aku pun komplex PKNS Shah Alam untuk keluar duit di Maybank.
Dah nak jadi cerita .. keluar je dari kereta, perut pun memulas. Dengan berlari aku masuk tandas di belakang BSN tu, Lepas tanggal jean aku cari-cari paku penyangkut, tapi tak ada .. jadi aku sangkut di tombol valve di belakang tu. Setengah jam juga aku termenung mengenang nasib badan ..
Selesai urusan, aku pun capai seluar .. berderu darah. HP dan wallet dah hilang. Aku syak orang capai dari tandas sebelah masa aku masyuk kusyuk tadi. Nasib baik kunci kereta dan seluar Levis 501 aku tak di larikan sekali.
Dengan sedikit baki duit yang ada dalam kereta, aku bayar denda tiket kereta yang hilang sekali bersama wallet. Kemudian aku buat report polis di balai sec 11.
Balik Pucong aku cerita ke orang rumah dengan muka sardin. Senyap-senyap dia hulur RM1000. Petang tu juga aku ke IOI Pucong beli K500i yang baru.

Wednesday, September 7, 2011

Tin Mini Lipton

Tin ni ramai yang dah ada, tapi aku baru dapat dari satu kedai kopi di kampung masa sarapan roti canai. Hari raya ramai yang balik kampung. Aku keluar 730pg semua nasi lemak & pau goreng dah habis. Roti canai pun kena tunggu lama baru dapat.
Aku cuba jalan-jalan cari signboard hingga pekan sg air tawar .. rasanya dah pupus.



Tuesday, September 6, 2011

Hari Raya di Kampung

Kenangan hari raya pertama di Sabak Bernam. Semua berjalan baik sehingga lah bermula dari malam itu sehingga malam jumaat, kami 2 keluarga di serang bertubi-tubi oleh pontianak, harimau jadian dan hantu pocong.
Kemuncak serangan ialah pada malam jumaat bilamana ribuan jin telah kepung rumah aku termasuk hantu raya dan hantu galah. Mereka ramai-ramai robohkan pagar 5 kilo garam yang aku tabur keliling rumah. Garam tu aku bacakan alfatihah 7x, ayat kursi 7x dan 3qul 7x. Anak-anak aku tiada pilihan kecuali menentang habis-habisan dan dengan izin allah pontianak telah dapat di penggal kepalanya sekitar jam 1pagi. Dengan taring yang panjang, rambut panjang mengerbang dan muka hodoh berjerawat nanah dan berbau hanyir masih meminta nyawa dari anak ku walau kepala itu telah terpisah dari badan.

Pada jam 230pagi, harimau jadian pula telah masuk kedalam rumah. Dengan panjang hampir 10kaki, berkepala belang harimau dan berbadan hitam. Kami cuba berunding tetapi gagal.

Harimau: mau tak kamu jadi tuan aku?
Anak aku jawab dengan tegas: Kamu bukan makhluk pertama minta begitu tetapi semua aku tolak. Pergantungan aku hanya pada ALLAH.
Lela pula sempat pasang surah assaffat pada hpnya.
Dalam pada dia merenung tajam pada anak-anak aku segera mencelah : Kejayaan manusia dan jin hanya dalam agama, sejauh mana dapat taat perintah Allah dan hidupkan sunah nabi Muhammad SAW itulah sebenar-benar kejayaan.
Belum sempat aku sambung, harimau telah mengaum dan menerpa kearah tangan kanan anak aku. Dengan pantas Aya mencengkam bahunya sambil membaca ayat kursi bagi menghalang ia masuk kedalam badan. Kakak dan aku segera membantu dengan memcengkam siku dan lengan sambil membaca ayat kursi tanpa henti dan menolak kearah jari.
Ya allah .. aku lihat jari anak aku sudah hitam dan seperti hampir berubah menjadi kuku harimau. Sampai je di hujung jari kakak segera tangkap, genggam dan zass .. semua berlaku dengan izin Allah. Diluar rumah kelihatan jin tolak menolak dengan hantu raya lah yang nampak paling layak untuk mencabar anak-anak aku. Tapi sampai subuh tak ada apa-apa juga yang berlaku.
Lepas jumaat kami 2 keluarga balik KL. Kasihan ke anak2 terpaksa melalui kejadian seperti ini pada hari raya tahun ini.
Ya Allah .. bantulah kami Ya Allah.







meriam batang kelapa yang memeriah malam hari raya di kampung aku. Dentuman sabung-menyabung hingga ke pagi ..

Saturday, August 27, 2011

Myvi dah keluar.

Myvi baru kakak dah keluar. Meriah sikit sambutan raya anak-anak tahun ni. Esok pagi-pagi aku akan bertolak dari Segamat ke KL.
Kakak, Aya, Lela & Fatimah dah tunggu aku di Gombak. Sampai Gombak baru kami sama-sama konvoi balik Sabak Bernam lalu highway Latar.


Boss besar & boss kecik pun dah siap beri hamper & duit raya untuk anak-anak. Juadah raya untuk orang yang bertugas tahun ni pun dengar dah order.

Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri 1432H

Hari raya pun dah dekat. Tinggal 3-4 hari lagi. Aku dan anak-anak akan beraya di kg Parit Baru, Sabak Bernam tahun ni.
Diucapkan Selamat Hari Raya buat semua pengunjung jakionline inc.
Juga selamat menyambut hari KEMERDEKAAN ke54.

Saturday, August 13, 2011

Van Milo 50's & 80's

Dari mula aku memang buru dua model van milo ni je. Model milo Tut-tut 50an & Model milo Combi Volkswegan 80an saiz besar. Akhirnya berjaya juga walau terpaksa main kejar-kejar ..





Friday, July 15, 2011

Sampai buka baju

Anak sulung aku sampai buka baju dalam pertandingan isi air dalam botol coca cola di hari keluarga tahun 1994 di PD. Anak dara aku pun dah besar sekarang, aku pun dah mula kerepot .. botol tu pun dah entah sapa yg kutip.

Tuesday, June 28, 2011

Kalaulah rendah ..

"Gua sekolah dulu lagi, itu sign sudah ada situ" itulah penjelasan sorang nonya tentang sign telekom ni yang terletak di hadapan sepital lama Segamat.
Dan beberapa hari lepas tu aku pun memcari-cari sign yang di maksudkan. Mak aii .. tingginya. Kalau panjat jugak, mau jatuh ni. Terus masuk sepital.


Saturday, June 25, 2011

Dah cukup ke?

Dah cukup point ke aku nak tukar van Milo Combi bulan Julai ni? Macam kurang sikit lagi.. Cuma yang aku kurang jelas .. Nak kena tukar resit ori dan kod bar sekali ke atau macam mana?



Sunday, June 5, 2011

Kung Fu Panda 2

Masa di JB atas urusan kerja tempohari, sempat aku dan anak tengok cerita Kungfu Panda 2 di Jusco JB. Dapat la beli bocong air 2 tingkat ni .. yang atas untuk isi pop corn. yang bawah isi air coca-cola. Lepas makan malam di Stulang Laut .. balik ke hotel Puteri Pacific .. aku demam panas.
Cuaca di JB memang cukup panas sekarang.




Tadi baru perasan .. tiket dewasa RM21 rupanya ..

Tuesday, May 31, 2011

Selamat Pengantin Baru

Alhamdulillah, pada 29/05/2011 lepas berlangsunglah majlis persandingan adik bungsu aku
Azizul Karim Diran
&
Nik Maliza Zaila (orang Gua Musang)
Di Kg Langkas Tambahan, Puchong.
Semoga pasangan berkekalan hinggan ke anak cucu.




Majlis di meriahkan dengan hidangan ayam golek ..

Thursday, May 26, 2011

Tangan yg memberi .. coca cola

Minggu lepas ke JB ada urusan dengan JKKP. Sambil tu sempat jumpa bro Afzarizal di plaza Angsana ambil poster coca cola jawi ni. Balik Segamat terus hantar frame.



Tuesday, May 24, 2011

Mug Old Town

Serba salah juga aku nak beli white coffee Old Town ni. Tapi tak apa lah, ini pertama dan terakhir aku beli jenama Old Town ni .. itu pun selepas dua kali aku ke pasaraya dan baru aku buat keputusan untuk beli.



Saturday, April 2, 2011

Tumbler nescafe 3in1

Barang lama tapi baru dapat .. tumbler nescafe. Dapat dekat-dekat rumah je ..


Thursday, March 10, 2011

Pinggan Edisi Terhad

Petang tadi masa di pasaraya beli barang dapur .. aku belek-belek lah pack white coffee Alicafe, sekali pack white coffee Nescafe di rak sebelah ada offer pinggan corak kopitiam percuma.. terus ambil 2 pack. RM11.99 harga setiap satu pack.



boleh letak 5-6 biji kueh cik mek molek setiap pinggan ni.

Tuesday, March 8, 2011

LP Sudirman - Lagu Dari Kota (1981)

Dapat kiriman LP Sudirman - Lagu Dari Kota ni pagi tadi ..
LP keluaran 1981 tapi aku baru tengok LP ni sekitar 1985, itu pun sahabat aku Mohzir Rahmat yang tinggal doom sebelah masa aku kerja di Kerteh yang beli. Zaman-zaman tu aku tak beli LP ni sebab aku masa tu lebih meminati Alleycat & Kembara ..
Tapi sekarang lebih teruja pulak nak simpan LP Sudirman ni.

[ Sudirman - Hari Itu Dalam Kenangan ]




Thursday, March 3, 2011

Konvokesyen Kolej Kejururawatan Murni

Pagi tadi, bertempat di PICC Putrajaya berlangsung Majlis Konvokasyen Kolej Kejururawatan Murni tempat kakak belajar. Aku bertiga bertolak dari Segamat ke Shah Alam sejak petang semalam lagi.. sempat singgah di Ipoh Station untuk minum petang sekitar jam 6:00 ptg..



Kejayaan kakak, kegembiraan aku juga sekeluarga.






Signboard Rough Rider idaman kalbu.. huhu




Dan tadi lepas majlis selesai terus aku bertolak balik Segamat .. beberapa buah tangan yang aku ambil dari rumah anak aku di Unisal Sec 7, Shah Alam.. Mug KFC dan tumbler air 100Plus.