Tuesday, April 10, 2012

Nik & Hani

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan 'Selamat Pengantin Baru' buat anak sulung rakan sekerja aku Abd Ghani Abd Latip yang melansungkan majlis perkahwinannya pada SABTU, 7 April 2012 lepas. Semoga pasangan,
Ummu Hani Bt Abd Ghani
&
Nik Norisham B. Nik Mohd Noor
Bahagia hingga ke akhir hayat.

Kakak & Aya pun tak ketinggalan menikmati hidangan beriani gam Batu Pahat.


Tuesday, April 3, 2012

Jin sihir masuk islam



Rawatan sihir kepada anak seorang rakan oleh ust Abd Latif di surau annur, Masai, Pasir Gudang beberapa minggu lepas. Ada 4 tok bomoh yg terlibat menghantar sihir kepada budak ini .. dengan kesudahan kesemua jin paling kanan dan semua pengikutnya masuk islam dan di pindahkan ke Makkah.


Ustaz Hj Abdul Latif B. Abdul Rashid
Surau Annur,
Taman Cahaya, Masai,
Pasir Gudang, Johor.

HP : 014-314 0581 / 013-703 3875

Ustaz Mohd Zahir (Skudai)
HP : 012-344 4285

Wednesday, March 21, 2012

1300 888 GAS

Baru-baru ni Petronas melancarkan taliaan bebas tol 1300-888-427. Tujuaannya untuk membantu pengguna gas Petronas. Contohnya jika berlaku kehabisan gas memasak di rumah, pengguna boleh dail talian ini dan tong gas baru akan di hantar dari wakil pengedar berhampiran bila-bila masa. Atau berlaku kebocoran gas, operator ditalian juga sedia membantu.
Boleh cuba try, test dail sekarang.



Dan jika bernasib baik, anda akan dapat bekas pensel tong Petronas Gas ni .. ya ke?
BINTULU .. OH TIDAK!

Wednesday, January 18, 2012

Wetra Ali Mas mug

Masa aku dapat mug ni pun aku tak tau apa itu 'Wetra'. Bila aku goole search, rupanya benda ni satu syarikat marketing yg berpusat di Alor Star. Tak perasan pulak kopi cappuccini & kopi jantan yg selalu aku minum tu edaran wetra.




Malam semalam masa makan di as-sakinah tom yam, nampak pulak iklan kopi cappuccino atas dinding tu.

Sunday, December 18, 2011

Cerita K500i

Cerita ni berlaku beberapa tahun lepas. Sempena cuti panjang bulan Desember, aku balik KL untuk beli barang2 sekolah anak aku di SOGO. tapi yang sebenarnya aku nak beli HP idaman di Pertama Complex .. Sony Ericsson K500i. Dalan RM600 harga masa tu.

Ke esokannya aku ada urusan yang perlukan duit lebih, jadi aku pun komplex PKNS Shah Alam untuk keluar duit di Maybank.
Dah nak jadi cerita .. keluar je dari kereta, perut pun memulas. Dengan berlari aku masuk tandas di belakang BSN tu, Lepas tanggal jean aku cari-cari paku penyangkut, tapi tak ada .. jadi aku sangkut di tombol valve di belakang tu. Setengah jam juga aku termenung mengenang nasib badan ..
Selesai urusan, aku pun capai seluar .. berderu darah. HP dan wallet dah hilang. Aku syak orang capai dari tandas sebelah masa aku masyuk kusyuk tadi. Nasib baik kunci kereta dan seluar Levis 501 aku tak di larikan sekali.
Dengan sedikit baki duit yang ada dalam kereta, aku bayar denda tiket kereta yang hilang sekali bersama wallet. Kemudian aku buat report polis di balai sec 11.
Balik Pucong aku cerita ke orang rumah dengan muka sardin. Senyap-senyap dia hulur RM1000. Petang tu juga aku ke IOI Pucong beli K500i yang baru.

Wednesday, September 7, 2011

Tin Mini Lipton

Tin ni ramai yang dah ada, tapi aku baru dapat dari satu kedai kopi di kampung masa sarapan roti canai. Hari raya ramai yang balik kampung. Aku keluar 730pg semua nasi lemak & pau goreng dah habis. Roti canai pun kena tunggu lama baru dapat.
Aku cuba jalan-jalan cari signboard hingga pekan sg air tawar .. rasanya dah pupus.



Tuesday, September 6, 2011

Hari Raya di Kampung

Kenangan hari raya pertama di Sabak Bernam. Semua berjalan baik sehingga lah bermula dari malam itu sehingga malam jumaat, kami 2 keluarga di serang bertubi-tubi oleh pontianak, harimau jadian dan hantu pocong.
Kemuncak serangan ialah pada malam jumaat bilamana ribuan jin telah kepung rumah aku termasuk hantu raya dan hantu galah. Mereka ramai-ramai robohkan pagar 5 kilo garam yang aku tabur keliling rumah. Garam tu aku bacakan alfatihah 7x, ayat kursi 7x dan 3qul 7x. Anak-anak aku tiada pilihan kecuali menentang habis-habisan dan dengan izin allah pontianak telah dapat di penggal kepalanya sekitar jam 1pagi. Dengan taring yang panjang, rambut panjang mengerbang dan muka hodoh berjerawat nanah dan berbau hanyir masih meminta nyawa dari anak ku walau kepala itu telah terpisah dari badan.

Pada jam 230pagi, harimau jadian pula telah masuk kedalam rumah. Dengan panjang hampir 10kaki, berkepala belang harimau dan berbadan hitam. Kami cuba berunding tetapi gagal.

Harimau: mau tak kamu jadi tuan aku?
Anak aku jawab dengan tegas: Kamu bukan makhluk pertama minta begitu tetapi semua aku tolak. Pergantungan aku hanya pada ALLAH.
Lela pula sempat pasang surah assaffat pada hpnya.
Dalam pada dia merenung tajam pada anak-anak aku segera mencelah : Kejayaan manusia dan jin hanya dalam agama, sejauh mana dapat taat perintah Allah dan hidupkan sunah nabi Muhammad SAW itulah sebenar-benar kejayaan.
Belum sempat aku sambung, harimau telah mengaum dan menerpa kearah tangan kanan anak aku. Dengan pantas Aya mencengkam bahunya sambil membaca ayat kursi bagi menghalang ia masuk kedalam badan. Kakak dan aku segera membantu dengan memcengkam siku dan lengan sambil membaca ayat kursi tanpa henti dan menolak kearah jari.
Ya allah .. aku lihat jari anak aku sudah hitam dan seperti hampir berubah menjadi kuku harimau. Sampai je di hujung jari kakak segera tangkap, genggam dan zass .. semua berlaku dengan izin Allah. Diluar rumah kelihatan jin tolak menolak dengan hantu raya lah yang nampak paling layak untuk mencabar anak-anak aku. Tapi sampai subuh tak ada apa-apa juga yang berlaku.
Lepas jumaat kami 2 keluarga balik KL. Kasihan ke anak2 terpaksa melalui kejadian seperti ini pada hari raya tahun ini.
Ya Allah .. bantulah kami Ya Allah.







meriam batang kelapa yang memeriah malam hari raya di kampung aku. Dentuman sabung-menyabung hingga ke pagi ..

Saturday, August 27, 2011

Myvi dah keluar.

Myvi baru kakak dah keluar. Meriah sikit sambutan raya anak-anak tahun ni. Esok pagi-pagi aku akan bertolak dari Segamat ke KL.
Kakak, Aya, Lela & Fatimah dah tunggu aku di Gombak. Sampai Gombak baru kami sama-sama konvoi balik Sabak Bernam lalu highway Latar.


Boss besar & boss kecik pun dah siap beri hamper & duit raya untuk anak-anak. Juadah raya untuk orang yang bertugas tahun ni pun dengar dah order.

Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri 1432H

Hari raya pun dah dekat. Tinggal 3-4 hari lagi. Aku dan anak-anak akan beraya di kg Parit Baru, Sabak Bernam tahun ni.
Diucapkan Selamat Hari Raya buat semua pengunjung jakionline inc.
Juga selamat menyambut hari KEMERDEKAAN ke54.