Tuesday, December 29, 2009

Kotak rokok Rough Rider


Aku nak tunjuk kotak rokok Rough Rider ni sebab, ayah aku ada hisab rokok ni dulu-dulu sekitar tahun 70an. Ayah aku panggil rokok 'tembak'. Akulah yang selalu jadi mangsa pergi pekan untuk tolong belikan. Jarak rumah ke pekan adalah dalam 10 km. Berbasikal sorang-sorang di jalan sunyi .. mulut tak henti-henti baca bismillah .. sebab kekadang ada juga makhluk mengganggu walau tengahari buta, tetiba je dengar orang menyapa ..'jang oo jang, nak kemana?'. Toleh kiri kanan tak ada siapa pun. Yang ada cuma rimbunan pokok nipah. Apa lagi .. semakin kencang lah kayuhan basikal aku dengan bacaan bismillah semakin kuat .. hehe. Kekadang ayah hisab juga rokok cap captain john player tu.
Zaman dah berubah .. macam-macam rokok dah ayah aku hisap.
Orang kata 'merokok membahayakan kesihatan'. entah lah .. yang aku tengok ayah aku masih sihat walau usia hampir 90 tahun..'



Aku simpan kotak-kotak rokok ni sebagai kenangan walau pun aku sendiri bukan perokok.

Monday, December 28, 2009

Cover Kaset & CD lama-lama

[ Noramin - Impian Terluka ]


Hampir 10 tahun aku buat kerja rip kaset. Mula-mula aku convert ke MP3, lepas tu aku convert pula format real media (rm). Kaset ni semua dari koleksi aku masa bujang dulu. Semua ori.
Tapi di sebabkan HDD aku dah penuh, terpaksa aku delete semua mp3 dan kekalkan file rm sahaja. Yang ni semua cover versi zaman-zaman aku bujang dulu .. 80-90an. dan aku masih simpan puluhan kaset lama-lama ni sebagai kenangan.


[ The Queens - Tak Mengapa ]



[ Isma Aliff - Petai & Jering ]



[ Herman Tino - Tengkar Tengkaran ]




[ Cenderawasih - Sepanjang Perjalanan ]






[ Blues Gang - Zaman Berubah ]



Tapi sekarang dah tukar hobi kumpul barang-barang lama pulak. Bagi lah pelapis baru bauat kerja rip mp3. Budak-budak sekarang lagi cekap pasal kerja-kerja rip lagu ni ..
Dari CD terus boleh buat mp3.

Tuesday, December 8, 2009

Mariyon punya hobi



1966 kedai gambar pekan parit baru, Sabak Bernam
abang yon duduk sebelah kiri



1972 mandi safar di pantai sg buntu
abang yon no 4 dari kiri



1975 rombongan di Batu Cave
Abang yon di baris depan kanan sekali


Turiah, abang yon n kak yati


Mariyon Diran adalah abang sulong aku. Waktu zaman bujang nya memang suka tangkap gambar. koleksi gambar nya memang banyak.. dah banyak jenis kamera dia pakai.
Selain tu, abang aku juga ada motor lambretta yang dia pakai buat melaram waktu petang. Anak-anak aku mudah kenal abang yon sebab dia ada pakai gigi emas macam M Daud Kilau.

Gambar dulu-dulu di Awan Merah


yg berdiri kanan tu sepupu aku


Ayah aku yg berdiri di tengah
duduk sebelah kiri yang rambut gondrong tu kakak aku,
Siti Marminah Diran.



yang ini aku la. masa darjah 6 .. hehe



dulu dulu kedai simpan filem gambar kita.

Kedai gambar awan merah, Sabak Bernam ni terkenal sekitar awal 70-80an. Terletak berhampiran station bus tepi sungai Bernam. Hari sabtu ada pekan sehari di sini, jadi ramailah yang turun ke pekan tengok wayang cerita hindustan di pawagam Happy .. boleh tangkap gambar sekali. Lepas tu belilah ikan masin ke, kain ela ke di pekan sehari .. baru balik rumah.
cukup meriah zaman-zaman tu.