Tuesday, December 29, 2009

Kotak rokok Rough Rider


Aku nak tunjuk kotak rokok Rough Rider ni sebab, ayah aku ada hisab rokok ni dulu-dulu sekitar tahun 70an. Ayah aku panggil rokok 'tembak'. Akulah yang selalu jadi mangsa pergi pekan untuk tolong belikan. Jarak rumah ke pekan adalah dalam 10 km. Berbasikal sorang-sorang di jalan sunyi .. mulut tak henti-henti baca bismillah .. sebab kekadang ada juga makhluk mengganggu walau tengahari buta, tetiba je dengar orang menyapa ..'jang oo jang, nak kemana?'. Toleh kiri kanan tak ada siapa pun. Yang ada cuma rimbunan pokok nipah. Apa lagi .. semakin kencang lah kayuhan basikal aku dengan bacaan bismillah semakin kuat .. hehe. Kekadang ayah hisab juga rokok cap captain john player tu.
Zaman dah berubah .. macam-macam rokok dah ayah aku hisap.
Orang kata 'merokok membahayakan kesihatan'. entah lah .. yang aku tengok ayah aku masih sihat walau usia hampir 90 tahun..'



Aku simpan kotak-kotak rokok ni sebagai kenangan walau pun aku sendiri bukan perokok.

3 comments:

  1. salam bro...

    Nasib tak kena tembak dek org tua kalau gi kedai lambat...
    Itu barang sudah susun ke??

    ReplyDelete
  2. hehe .. botol dah aku buatkan para baru. siap je aku susun petang semalam anak aku cakap, 'nanti kalau abah dah tua .. lela boleh tolong jualkan barang antik abah' .. adeh!

    ReplyDelete
  3. bro, skg kotak rokok ada mcm2 gambar mengerikan, nak collect pun takde mood :)

    ReplyDelete