Sunday, January 3, 2010

Botol Coca Cola & Pepsi

Hampir 10 tahun aku nampak botol ni tertanam separuh badan setiap kali aku lalu ke warung sorang makcik untuk sarapan pagi. Beberapa minggu lepas aku nekad bawak screw driver & bag plastk untuk umpil harta karun tersebut.. nak tau juga botol apa yang tertanam sekian lama tu.
Pagi tu hujan lebat pulak .. terpaksa aku berpayung. Operasi kena teruskan ..

Sah botol PEPSI

Aku yakin, kalau aku teruskan pencarian ini dah tentu aku jumpa banyak lagi botol lama-lama. Aku terus gali lagi .. tapi kali ini aku gali bonet kereta bro Fitri. Kami jumpa di Shell Sec 7, Shah Alam la.
Ini lah botol yang aku dapat. Botol Pepsi, Coca Cola, 7up, FnN, 100plus pun ada ..

Sampai rumah aku susun sebelah radio lama ni ..

3 comments:

  1. huh..pirate carribean xleh lawan ni..haha

    ReplyDelete
  2. SALAM BRO....SUDILAH KIRANYA GTAW CAMNA NAKBAGI BOTOL HILANG KESAN CALAR

    ReplyDelete