Wednesday, June 30, 2010

Tin tembakau pipe ERINMORE

Tin tembakau ni kadang-kadang orang panggil tembakau cap nanas dan tin ini aku dapat dari seorang kawan. Dia dah guna tin tembakau pipe Erinmore Flake ni buat isi mata pancing. Dia kata tin tembakau ni ada lagi jual di kedai .. sekali aku aku cari, memang dapat, itu pun dah masuk kedai ke 6, tapi tin ni yang di jual sekarang dah berbentuk bulat dengan harga RM10 berbanding segi empat seperti yang aku dapat dari kawan aku ni.
Dah jadi rere ke tin ni? entahlah. .. orang yang hisap rokok pipe tau lah. Aku simpan jugak sebab nampak menarik.



Sebelah belakang tin tertulis:
DI IMPORT OLEH:
Commercial Marketers and Distributors Sdn Bhd.
Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Made In Northern Ireland By MURRAY SONS & CO LTD BELFAST

Thursday, June 24, 2010

Poster Coke minah negro

Puas dalam pasaraya, sambil tunggu orang rumah & anak-anak belanja barang dapur malam tadi .. sambil aku ambil gambar poster 2010 FIFA World Cup ni. Sebelum ni poster nya lain, ni dah ganti lain pulak dah.
pasaraya pun lengang je malam ni.


Ashtray rokok Gold Leaf

Dapat di sebuah kedai kopi dekat-dekat rumah petang tadi.. jalan kaki je dari rumah. Nama je kedai kopi, tapi tempat apek minum Tiger sebenarnya. Ashtray pun aku suka kumpul .. ada beberapa biji pun jadi la untuk memenuhkan almari.
Bawah tu ada lambang diamond dan ada tulis 'Made In Malaysia'. Maknanya buatan PJ lah tu, atau pun Salak South.


Player's
GOLD LEAF

Tuesday, June 22, 2010

Pepsi 2010 Nostalgia Calendar

Tadi lepas sembahyang zuhur, kami bertiga bertolak balik ke Segamat. Tengah jalan tu singgah la di satu pekan untuk makan tengahari di kedai mamak.
Ternampak lah calendar pepsi ni di kedai sebelah. Tak sampai hati nak tekan ayat .. pertamanya tahun 2010 baru sampai pertengahan, keduanya calendar tu tertampal tinggi.
Hujung tahun nanti aku singgah lagi.

dR. sam Rasputin

Sebenarnya aku pergi ke Merlimau, Melaka semalam sebab ada satu perhimpunan dakwah di sana bersama beberapa orang sahabat.
Pagi tadi masa lepas sarapan roti nan & gulai kambing di bazaar berdekatan, terserempak dengan dR. sam tengah belek-belek sikat tanduk kerbau. (dR. sam .. yang berjanggut merah).
macam biasa la .. aku kenal dia, dia tak kenal aku.

[ dR. sam - Hutan Batu (1983) ]


'Antara kata-kata dR. sam'
"Apa lagi yang kita mahu cari dalam hidup ini selain keredaan Allah. Apa yang kita kejar sangat kerana semua yang kita punyai di dunia ini hanya pinjaman.
"Kita pinjam semua itu daripada Allah s..w.t dan apabila sampai masanya, Dia akan ambil dan apakah bekalan kita?
"Sebab itu, biar apapun anggapan orang tentang penampilan saya, hidup saya hari ini lebih tenang dan bahagia. Tak perlu nak fikir show di mana atau berapa bayaran yang akan di terima. "Dengan usaha saya hari ini, saya bersyukur dan yakin setiap apa yang terjadi sudah ditentukan Allah. Hidup mati kita dan rezeki semuanya ditentukan Allah dan syukur alhamdulillah hidup saya cukup tenang dengan pendapatan begini."
suber : Utusan Malaysia.

Sunday, June 20, 2010

Botol Fanta 290ml

'Fanta grape satu .. straw dua ya bang'. 'Bihun sup dua'.
haha .. ini la ayat yang selalu aku cakapkan pada abang kedai makan Selera Panatai Timur di Puduraya satu masa dulu bersama orang rumah. Fanta Grape membawa kenangan.
Tapi itu dulu-dulu la. Kali ini aku cuma nak beritahu pasal botol fanta ini yang aku jumpa tempohari bersama botol 7up family saiz. Walau dah tertanam separuh badan masa aku jumpa, ternyata kondisinya masih elok selepas aku sental guna sabun breeze.



Selamat Pengantin Baru


Baru lepas makan nasi minyak kat kenduri kawin dekat-dekat rumah. Tangan pun masih bau daging kurma lagi. Minta maaf la tak ikut rewang ..

Selamat Pengantin Baru diucapakan;
[ Saloma - Di renjis-renjis ]


Noor Azman B. Khalid
&
Noramirah Bt. Saiman


No. 29, Jln Bistari 1/8,
Taman Yayasan,
Segamat

Friday, June 18, 2010

Tin rokok John Player & Sons

Barang ni sebenarnya bagi collector senior dah main tohok ke sungai ni. Sebelah mata pun dah tak pandang ..
Tapi bagi aku yang junior ni tetap simpan tin rokok John Player ni sebab ia ada kenangan yang tersendiri.
Cerita tu dah 32 tahun berlalalu .. masa aku tingkatan 2. Masa tu malam majlis bersanding kakak aku baru nak bermula. Aku yang bersiap-siap untuk mengambil gambar berada di tepi tingkap bilik.
Tiba-tiba aku terdengar suara ayah aku menjerit.
'Ujang turun!'
Aku nampak ayah aku dari tingkap memandang ke atas. Aku segera berlari turun mendapatkan ayah aku.
Tanpa banyak soal satu pelempang hinggap ke muka.
'Kamu rokok ya?' tanya ayah aku.
'Tak lah pak, yang merah ni lampu flash kamera'
Aku yakin ayah aku dah salah faham .. warna merah yang ia nampah dari jauh yang di sangkanya api rokok sebenarnya lampu flash kemera aku.
Malam tu aku mogok tak nak ambil gambar. Aku duduk di bangsal belakang rumah bersama orang rewang. Air mata bergenang dalam kelopak sambil tangan menggosok-gosok pipi yang terasa semakan panas.
Dalam pandangan aku yang semakin kabur .. aku nampak rokok John Player ini lah yang di hisap oleh orang rewang di hadapan aku malam itu.

[ Nas Atea - Masih Ada Yang Sayang ]





Wednesday, June 16, 2010

Tin Rokok The Garrick

Tin rokok label kertas ini (isian 50btg) aku beli dengan harga kurang RM20 satu masa dulu. Keluaran tahun 60an. Kondisi tin masih kacak cantik lagi bergaya dalam klas nya.
Memang aku tak pernah tengok rokok ni dulu-dulu masa kecik .. mungkin aku yang terlepas pandang. Apa pun aku simpan juga untuk pelengkap koleksi.



The Garrick
Virginia
Cigarettes


Tuesday, June 15, 2010

Botol Horlicks 3 beranak

Antara rumah dengan pejabat aku ada sebuah warung yang hidup segan mati pun tak mau .. tapi aku beranikan hati untuk merisik pada beberapa hari lepas.
Cuma botol horlick ni yang aku dapat.


Dalam pada aku kemas-kemas botol masuk kereta, tetiba makcik tu keluarkan lagi satu botol yang agak pelik.
'cantik ni' kata makcik tu.
aku cuba baca pada label kaca nya "Otard XO"
'tak maulah makcik, botol mabuk-mabuk saya tak kumpul'
makcik tu sengeh je .. perrgh. WAHAI HATI JANGAN LAH KAU BURUK SANGKA pada pakcik yang berdiri di belakang tu.

Dulu dan Sekarang

Bukan botol saja yang melalui zaman revolusi, manusia seperti aku juga tak terkecuali.
'Sekali air bah, sekali pantai berubah'.
Semoga ALLAH mengampuni dosa-dosa ku yang lalu.

[ Juliza Adlizan - Aku Senang Sendirian ]


Gambar atas : terminal bas puduraya (1984)
Gambar bawah : Park Avenue Hotel, Sg Petani (2010)

banyak gila botol kickapoo

Petang tadi lepas pekena mee jawa di satu warung di sini, aku bersama isteri ke satu kawasan pekan terpencil tak jauh dari rumah.
Apa yang aku saksikan di sini ialah ribuan botol kickapoo yang terbiar di tepi sebuah stor. Aku percaya stor yang ada bersebelahan timbunan ini juga menyimpan lebih banyak botol lama sebab dari pemerhatian aku, saiz stor tu pun tak kurang besarnya.
Di sebabkan waktu dah melebihi jam 7mlm .. aku segera tamatkan operasi ini.. sambung lain hari nampaknya.




Tapi sebelum tu sempat juga aku tinjau satu kawasan tak jauh dari situ .. kawasan pembunuhan botol beramai-ramai.
dan semapt aku selamatkan 1 botol fanta, 5 botol 7up family saiz yang masih belum di buka dan 1 botol fat bottle tapi covernya pun dah pudar sangat.
dalam perjalanan balik, orang rumah masih berleter .. banyak nyamuklah, bengkak telingalah .. pot pet .. aku pekakkan telinga je.




Monday, June 14, 2010

Tin rokok Rough Rider (tin kuning)

Antara koleksi yang aku suka kumpul ialah tin rokok.
Tin rokok rough rider label kertas keluaran 60-70an (isian 50btg) ni aku dapat dari bro mat sidin. Terkenang orang tua dulu-dulu yang sangat gemar hisap rokok 'cap tembak' ni sebenarnya. Dulu-dulu selain jadi tukang beli tembakau cap kapal terbang untuk buat rokok 'tengwe' (lenteng dewei) .. aku juga selalu kena beli rokok rough rider yang kotak putih tak berfilter.

'Merokok Membahayakan Kesihatan'
Amaran oleh kerajaan MALAYSIA

Botol Sprite 285ml

Pagi semalam lepas sarapan, aku menghala ke kampung Pogoh dalam 20km dari rumah cadang nak beli ikan sungai atau udang galah di satu kedai di situ. Tapi makcik tu kata dah banyak hari ikan tak ada .. air sungai kering katanya.
Aku iakan saja walau tak faham apa kaitan air sungai kering dengan ikan tak ada. Hanya puaka joran yang tahu semua ini.
Akhirnya aku balik semula kerumah bawak botol sprite ni je buat lauk tengahari.


Dua versi yang seiras sama tapi tak serupa. Yang satu ada bintik merah, yang satu lagi ada bintik kuning.



Sunday, June 13, 2010

Tin Captain Oats

Saja la nak tunjuk tin ni yang sudah banyak dalam simpanan ramai collector tapi baru aku dapat minggu lepas. Agak dah lusuh .. tapi ok la dari tak ada.
Yang seronok nya tin oats dulu-dulu ada tulisan jawi tu.. sekali dengan penerangan jawi sebelah belakang tin.
Dulu-dulu memang aku tak merasa la khasiat oats ni .. yang aku dapat hari-hari khasiat ubi kayu je. Tapi dulu walau membesar tanpa kenal nikmat oats ni, hidup aku zaman tu tetap ada nostalgia yang jadi kenangan aku hingga lah kini.


Friday, June 11, 2010

Cangkir Pokok Kelapa

Beberapa hari lepas, dalam perjalanan dari Kampung Tok Panjang, Bukit Mertajam ke KL .. aku singgah kampung aku di Sabak bernam lalu jalan pintas Behrang-Sg Besar sejauh 65km. Kalau malam memang aku tak lalu jalan tu .. menakutkan. Aku singgah kampung sebab nak tengok rumah orang tua yang tengah di renovate.
Dah siap nanti cadang nak sewakan pada pelajar-pelajar politeknik. Dan tingkat atas nak guna sendiri untuk rumah persinggaha keluarga.
Sampai di rumah tu aku pusing keliling rumah. Jumpa beberapa barang lama dalam stor belakang rumah dan cangkir ini antara barang yang aku jumpa.
Rasanya keluaran 50an lagi sebab yang ini aku dah pakai masa kecik-kecik dulu lagi.



Suasana kampung yang damai dari kesebokan kota. Ada rezeki minggu depan ingat nak balik lagi sebab keluarga cadang nak buat kenduri bila rumah dah siap renovate.