Friday, June 18, 2010

Tin rokok John Player & Sons

Barang ni sebenarnya bagi collector senior dah main tohok ke sungai ni. Sebelah mata pun dah tak pandang ..
Tapi bagi aku yang junior ni tetap simpan tin rokok John Player ni sebab ia ada kenangan yang tersendiri.
Cerita tu dah 32 tahun berlalalu .. masa aku tingkatan 2. Masa tu malam majlis bersanding kakak aku baru nak bermula. Aku yang bersiap-siap untuk mengambil gambar berada di tepi tingkap bilik.
Tiba-tiba aku terdengar suara ayah aku menjerit.
'Ujang turun!'
Aku nampak ayah aku dari tingkap memandang ke atas. Aku segera berlari turun mendapatkan ayah aku.
Tanpa banyak soal satu pelempang hinggap ke muka.
'Kamu rokok ya?' tanya ayah aku.
'Tak lah pak, yang merah ni lampu flash kamera'
Aku yakin ayah aku dah salah faham .. warna merah yang ia nampah dari jauh yang di sangkanya api rokok sebenarnya lampu flash kemera aku.
Malam tu aku mogok tak nak ambil gambar. Aku duduk di bangsal belakang rumah bersama orang rewang. Air mata bergenang dalam kelopak sambil tangan menggosok-gosok pipi yang terasa semakan panas.
Dalam pandangan aku yang semakin kabur .. aku nampak rokok John Player ini lah yang di hisap oleh orang rewang di hadapan aku malam itu.

[ Nas Atea - Masih Ada Yang Sayang ]





5 comments:

  1. setiap brg yg disimpan mungkin tidak bermakna pd org lain tetapi cukup bermakna bg kita krn terdapat cerita yg tersendiri di sebaliknya. hanya kita yg memahami..

    ReplyDelete
  2. dulu-dulu ayah aku garang gila. boleh hancur rotan kalau menyebat aku.
    skg dah banyak berubah .. aku tetap sayang ayah aku.

    ReplyDelete
  3. cerita sedih, tetapi memang kebanyakkan Ibu-bapa garang waktu kita kecik, bila dah besar ianya berubah, kadang-kala adik-adik tidak mengenali tegas atau garang seorang ayah. Dari ketegasan atau garang mereka kita sudah lebih selesa kini, tetapi sekarang terbalik, bila anak2 bermasaalah ada pula yang menyalahkan ibu bapa kerana garang dan tegas, tetapi dulu tak begitupun.. kini ramai yang telah berjaya kerana dulu ibu bapanya garang atau tegas... . Bab merokok budak sekolah rendah pun selamber jer sekarang.

    apa-apa jerlah...

    ReplyDelete
  4. Tengah SURF tadi ternampak pula kotak rokok lama tapi kondisi cun di jual di http://www.mudah.my/Kotak+koleksi+lama+1960s-3474613.htm,

    ReplyDelete
  5. Pm harga bos, watsap 0195136480

    ReplyDelete