Monday, September 27, 2010
Torchlight tin sign
Beli signboard torchlight ni dari bro Halim junk collector@ipoh. Siap frame petang tadi.. terus gantung.
Walau aku bukan perokok, aku tetap suka kumpul barang-barang rokok macam ni. Cuma aku akan elakkan dari menggantung sign yang ada gambar-gambar bernyawa ..
Menggantungkan gambar yang bernyawa di dalam rumah ialah seperti gambar binatang, gambar orang, gambar keluarga atau gambar menerima sijil adalah haram dan Nabi melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana malaikat rahmat tidak masuk di dalam rumah untuk memberikan rahmat.
Hadis Nabi yang bermaksud :
Dari 'Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata 'Aisyah: "Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah SAW kembali bertanya: "Bantal-bantal apakah itu?" Jawab 'Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah SAW: "Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." (Riwayat Muslim)

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
betul tu bro...tak kisah beli barangan jenama rokok jangan beli rokok sudah.
ReplyDeletehehe .. tinggal rough rider sign yg aku nak cari.
ReplyDeletetunggu masa nak ke Amcorp Mall hujung bulan ni.