Wednesday, December 8, 2010

Dulu-Dulu Masa di Puchong

Masa tinggal di puchong 90-96 dulu anak semua masih kecik. RM200 dah boleh makan anak beranak. Baki gaji boleh belanja lain-lain keperluan.. Puchong Perdana masa tu pun tak sesebok macam sekarang .. kecuali jem kawasan depan proton masa pegi-balik kerja.
Sewa rumah di Jalan Anggerik 11 masa tu pun baru RM200 sebulan. Cukuplah untuk berlindung anak beranak.

Aya dgn basikal barunya. Tak sampai seminggu 2 sekali basilkal hilang. budak-budak curi pakai pemotong rantai .. Rumah 2 tingkat di belakang tu bersebelahan bulatan Puchong Perdana. Dulu harga cuma RM90K .. sekarang?





Dulu-dula banyak masa bawak anak-anak pergi berkelah. Ini ialah air terjun Sungai Gabai Kuala Langat.

3 comments: