Tuesday, April 16, 2013

Levis Engineered



Aku biasa pakai Levis 501 & Levis 503. Bila beli dan pakai Levis Engineered button fly ni rasa macam pelik sikit .. regular fit. Tapi memang selesa di pakai. Peha 24" & kaki 17".
Terima kasih pada Mat Maju.

Wednesday, February 13, 2013

Jin Pakai Toncit

Sejak hari minggu lagi anak-anak ajak tengok filem Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon & Jin Pakai Toncit. Malam tadi aku lepaskan anak-anak tengok tiket 8.30 malam. Balik rumah riuh rendah cerita jin pakai toncit .. tapi yang menariknya mereka balik bawa mug LFS ni sebagai buah tangan.





Sunday, October 28, 2012

Setem lama-lama

Dah kurang masa nak kumpul setem sekarang. Yang ada pun setem lama-lama yang aku beli masa sekolah di asrama dulu. Banyak antara setem ni yang aku beli di pejabat pos Persiaran Gurney, KL. Ada juga yang aku kutip dari pakcik aku yang kerja posman tahun 70an. Tu yang dapat setem bulat, tiga segi & lonjong tu.
 




 Agung Sultan Kedah 1971 .. Sekarang jadi Agung buat kali ke 2







Rasanya banyak juga yang aku perasan hilang koleksi setem ni masa kakak tunjuk ke kawan-kawan nya masa di asrama dulu. Sampul hari pertama Piala Thomas masa Razif & Jailani juara dulu rasa lama dah tak ada.

Sunday, September 16, 2012

Bekas gula Nescafe




Nak letak gula bole, nak buat ashtray bole ..

Thursday, August 23, 2012

Selamat Hari Raya 2012


Adat jawa .. bermaaf-maafan di pagi raya

Belum beraya pun lagi aku tahun ni. Malam ni malam ke tujuh aku bekerja di bilik kawalan. Esok pagi baru cadang nak balik Gombak beraya dengan orang tua.
Demam dan batuk mengiring aku sehari sebelum raya hingga hari ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin buat rakan2 seangkatan.

Tuesday, April 10, 2012

Nik & Hani

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan 'Selamat Pengantin Baru' buat anak sulung rakan sekerja aku Abd Ghani Abd Latip yang melansungkan majlis perkahwinannya pada SABTU, 7 April 2012 lepas. Semoga pasangan,
Ummu Hani Bt Abd Ghani
&
Nik Norisham B. Nik Mohd Noor
Bahagia hingga ke akhir hayat.

Kakak & Aya pun tak ketinggalan menikmati hidangan beriani gam Batu Pahat.


Wednesday, March 21, 2012

1300 888 GAS

Baru-baru ni Petronas melancarkan taliaan bebas tol 1300-888-427. Tujuaannya untuk membantu pengguna gas Petronas. Contohnya jika berlaku kehabisan gas memasak di rumah, pengguna boleh dail talian ini dan tong gas baru akan di hantar dari wakil pengedar berhampiran bila-bila masa. Atau berlaku kebocoran gas, operator ditalian juga sedia membantu.
Boleh cuba try, test dail sekarang.



Dan jika bernasib baik, anda akan dapat bekas pensel tong Petronas Gas ni .. ya ke?
BINTULU .. OH TIDAK!

Wednesday, January 18, 2012

Wetra Ali Mas mug

Masa aku dapat mug ni pun aku tak tau apa itu 'Wetra'. Bila aku goole search, rupanya benda ni satu syarikat marketing yg berpusat di Alor Star. Tak perasan pulak kopi cappuccini & kopi jantan yg selalu aku minum tu edaran wetra.




Malam semalam masa makan di as-sakinah tom yam, nampak pulak iklan kopi cappuccino atas dinding tu.

Sunday, December 18, 2011

Cerita K500i

Cerita ni berlaku beberapa tahun lepas. Sempena cuti panjang bulan Desember, aku balik KL untuk beli barang2 sekolah anak aku di SOGO. tapi yang sebenarnya aku nak beli HP idaman di Pertama Complex .. Sony Ericsson K500i. Dalan RM600 harga masa tu.

Ke esokannya aku ada urusan yang perlukan duit lebih, jadi aku pun komplex PKNS Shah Alam untuk keluar duit di Maybank.
Dah nak jadi cerita .. keluar je dari kereta, perut pun memulas. Dengan berlari aku masuk tandas di belakang BSN tu, Lepas tanggal jean aku cari-cari paku penyangkut, tapi tak ada .. jadi aku sangkut di tombol valve di belakang tu. Setengah jam juga aku termenung mengenang nasib badan ..
Selesai urusan, aku pun capai seluar .. berderu darah. HP dan wallet dah hilang. Aku syak orang capai dari tandas sebelah masa aku masyuk kusyuk tadi. Nasib baik kunci kereta dan seluar Levis 501 aku tak di larikan sekali.
Dengan sedikit baki duit yang ada dalam kereta, aku bayar denda tiket kereta yang hilang sekali bersama wallet. Kemudian aku buat report polis di balai sec 11.
Balik Pucong aku cerita ke orang rumah dengan muka sardin. Senyap-senyap dia hulur RM1000. Petang tu juga aku ke IOI Pucong beli K500i yang baru.