Friday, May 21, 2010

Botol 7UP 750ml

Nasib baik dia tulis 'saiz famili'. Kalau di tulisnya saiz Adibah Noor atau saiz Malek Nor, memang susah nak menghabiskan air sebanyak tu. Keadaan botol masih cantik lagi masa aku jumpa. Kalau tak salah, ada satu lagi design yang sedikit berlainan dari botol ini walau pun saiz isiannya sama dengan logo 7UP nya dalan kedudukan menegak. Ada rezeki boleh cari lain kali ..



Botol ini aku jumpa dari sebuah kedai apek yang tak jauh dari sekolah anak aku. Dalam perjalanan nak ambil anak balik sekolah, aku singgah dulu sekejap. Dalam keadaan yang tergesa-gesa, aku cuma dapat botol ini, 1 signboard coca cola dan 5 signboard rokok salem. Aku cuba minta nak beli tin tarik aveready tu .. tapi memang apek tu keberatan nak jual.





Dan masa aku hulur tangan nak ambil tin milo yang macam dalam gambar diatas, terkejut aku sebab celah kotak tu ada sarang lebah. Terus tak jadi aku ambil tin tu ..

Thursday, May 20, 2010

Tin Rokok Rothmans King Size

'Container Designed And Made In England'. Perkataan ini ada tertera di satu sudut ruang tin ini menunjukkan yang masa zaman tu Malaysia mungkin tak ada kepakaran design dan mengilang tin seperti ini. Keluaran 70an.
Berapa batang rokok agak-agak boleh susun dalam tin berbentuk seperti kotak pensel ni gamaknya? Tapi tepi tin ni ada tulis juga 200 cigarettes .. boleh susun 200 batang rokok la tu agaknya. Masa ni juga kalau jalan kampung aku ada selekoh tajam, orang akan namakan 'selekoh Rothmans'. Kenapa ya?



Wednesday, May 19, 2010

Yang Lama Yang Baru

Dah 11 tahun aku pakai honda civic ni. Dah banyak jasa keter ni pada aku. Seluruh bandar di semenanjung dah pernah aku sampai dengan civic aku ni.
Tapi bak kata pepatah jawa: 'patah tumbuh hilang berganti'

Dan akhirnya, penggantinya pun dah sampai ptg tadi .. FD2




Tapi kalau dapat pakai type R ni lagi puas hati. Type R ni anak tokei 'Restoren Nasi Ayam Gemas' yang punya la.

Tuesday, May 18, 2010

Ashtray rokok Mild Seven

Pagi tadi lepas aku hantar anak sekolah, aku singgah sarapan roti telor + air susu kambing dekat satu warung di sini. Tetiba nampak ashtray rokok Mild Seven ni dekat satu penjuru meja yang kosong.
Apa lagi .. masa nak bayar tu aku tanya la pasal nak beli ashtray ni.
Dah nak jadi rezeki .. abang tu bagi free je.



Sunday, May 16, 2010

Piring Hitam (LP) lama-lama

Dulu-dulu sekitar 70an hanya piring hitam lah sumber hiburan yang boleh di beli di pasaran. Hampir setiap rumah ada turntable. Speaker letak dalam tempayan untuk dapat bunyi yang baik. Antara yang original dan yang cetak rompak, sama rancak jualannya di kedai-kedai muzik. Superstar zaman tu Dhalan Zainudin la.
Zaman berubah. Masuk tahun 80-90an, jualan piring hitam semakin pupus. Kaset mengambil alih fungsi hiburan masa itu.
Semua piring hitam ni aku beli masa tahun 1985-1987. Cuma ni yang sempat aku selamatkan. Sekarang benda ni dah jadi barang antik sebab rasanya tiada syarikat rakaman yang mengeluarkannya lagi.


Sudirman - Nama Seindah Wajah



Sudirman - Tiada Dendam Di Hati




Bobby - Main Shair To Nahin




Dalam pada aku bungkus cantik-cantik pun, sempat juga semut buat sarang dalam sampul ni. Terpaksa aku spray dengan Ridsect!

Saturday, May 15, 2010

Iklan air cap kaki tiga

Iklan ni keluar setelah terlalu banyak air badak jenama tiruan yang ada di pasaran ketika itu yang mana botol dan label nya hampir menyamai keluaran cap kaki tiga.
Keratan iklan aku dapat dari Utusan Malaysia sekitar 2001


*1980an - Botol kaca telah di tukar kepada botol PET pada 1985 untuk kebersihan, keselamatan dan kemudahan.
*1990an - Dari 1997 penutup aluminium ditukar kepada penutup plastik untuk kebersihan dan keselamatan.
*Dari 2001 - Memperkenalkan pek baru dengan penampilan yang lebih menarik dan moden untuk kekal unggul.

Wednesday, May 12, 2010

Sony FH-7 MKII complited

Berita lama yang di beri nafas baru.
Hasil ihsan seorang sahabat yang sudi memberikan speaker sony model apm-078 ni kepada aku, maka lengkaplah set Mini-Hifi Sony FH-7 MKII aku ini. Model 1984 yang sangat mantap bunyinya pada zaman itu.






Sunday, May 2, 2010

Botol Mountain Dew & Kisco

Ahli baru dalam koleksi botol aku. Dapat minggu lepas dari sebuah kedai runcit melayu tak berapa jauh dari pekan Rembau. Sejarah asal usul benda-benda ni memang aku kurang arif. Belasah kutip je asal belum ada dalam koleksi.. haha.





Banyak dah dapat kumpul. Tapi banyak lagi yang belum dapat kumpul.

Saturday, May 1, 2010

Pekan Koboi

Walau pun area ni nampak macam pekan koboi, aktiviti harian tetap meriah. Anggaran ada 10 pintu kedai runcit beroperasi di sini. Ditambah dengan kedai hardware, kedai gunting, gerai buah, kedai makan, kedai motor, kedai perabut .. hingga kedai membeli getah sekerap pun ada.
Di sini selalu juga aku singgah sarapan roti canai Jalil yang berniaga di hujung deretan bangunan ni.
Cuma setakat ni aku belum dapat apa-apa lagi barang yang di cari di sini. Semua kedai nampaknya enggan menjual barang-barang yang aku jumpa. Setakat ambil gambar je laa.










Dan apa yang aku lihat hampir semua kedai runcit masih menggunakan tin tarik untuk meletak duit jualan yang di terima.