Sunday, May 2, 2010

Botol Mountain Dew & Kisco

Ahli baru dalam koleksi botol aku. Dapat minggu lepas dari sebuah kedai runcit melayu tak berapa jauh dari pekan Rembau. Sejarah asal usul benda-benda ni memang aku kurang arif. Belasah kutip je asal belum ada dalam koleksi.. haha.





Banyak dah dapat kumpul. Tapi banyak lagi yang belum dapat kumpul.

Saturday, May 1, 2010

Pekan Koboi

Walau pun area ni nampak macam pekan koboi, aktiviti harian tetap meriah. Anggaran ada 10 pintu kedai runcit beroperasi di sini. Ditambah dengan kedai hardware, kedai gunting, gerai buah, kedai makan, kedai motor, kedai perabut .. hingga kedai membeli getah sekerap pun ada.
Di sini selalu juga aku singgah sarapan roti canai Jalil yang berniaga di hujung deretan bangunan ni.
Cuma setakat ni aku belum dapat apa-apa lagi barang yang di cari di sini. Semua kedai nampaknya enggan menjual barang-barang yang aku jumpa. Setakat ambil gambar je laa.










Dan apa yang aku lihat hampir semua kedai runcit masih menggunakan tin tarik untuk meletak duit jualan yang di terima.

Tuesday, April 27, 2010

Camni-lah Muzik

Yang ni aku baru dapat petang tadi. Lepas sembahyang asar di masjid bandar aku berhenti di sebuah kedai runcit tak jauh dari masjid. Nampak iklan ni di dinding dalam kedai ..
cakap ke nyonya tu "boleh saya beli ini barang ke nyonya?" . "Mau bikin apa?" tanya nyonya.
" Saya suka kumpul barang-barang coca cola la nya"
Nyonya tu terus kopek dari dinding dan beri pada saya. " nah wa kasi free sama lu"

Tapi di sebabkan ada sedikit koyak masa nyonya tu kopek, terpaksa aku repair sikit malam tadi di pejabat.



Nampak sama pulak iklan ni dengan yang di Restoran Tugiran ni. 'COCA COLA. Camni-lah MUZIK '

Thursday, April 22, 2010

Tin Glucose

Ini lah bekas kedai kosong dan usang yang aku jumpa banyak botol green spot hari tu. Beberapa hari lepas aku datang balik untuk ambil tin glucose yang tertinggal masa terjah aku yang pertama hari.
Kali ni aku bawak sekali lampu suluh. Aku suluh dalam kedai tu .. ada motosikal honda 65cc yang dah berhabuk. timbunan entah apa-apa pun banyak. tapi aku tak ambil apa-apa dari dalam kedai tu. lepas ambil tin yg di luar tu aku blah ..


Ini hasil nya lepas aku basuh tin glucose tu. Dalam tin pun masih ada lagi isi nya. tapi mmg tak boleh makan sebab di bawah tin ada tertulis guna sebelum xx 1997. cuma yang pelik kenapa mesti ada logo 'Ladys Choice' di situ?







Sunday, April 4, 2010

Botol green spot

Pagi semalam semasa aku hendak pergi sarapan, terlintas dalam fikiran untuk aku singgah di sebuah bekas kedai runcit yg sudah di tinggalkan. Persekitaran sudah usang dan di penuhi semak samun.
Aku masuk kedalam .. oleh kerana suasana gelap, aku cuma nampak samar-samar suasana kedai yg berselerak.
Aku pusing keliling kedai .. jumpa lah timbunan botol2 greem spot. Ada dalam 2 saiz yg aku jumpa. Banyak yang aku ambil, tapi banyak lagi yang aku tinggalkan.
Di tepi kedai pun ada banyak botol .. tapi rasanya botol kicap yang banyak sebab ada yg 4 segi .. botol arak pun ada.
Tin glukosa pun ada jumpa. di bawah tin tertera guna sblm xxx 1997. tapi tertinggal pulak.





Sampai rumah, aku kerah anak2 tolong basuh. Sorang dapat upah RM5 buat beli jajan.

Friday, April 2, 2010

Khazanah

Ini cerita masa aku balik ziarah arwah makcik aku tempohari di Sabak Bernam. Sempat aku pusing keliling rumah meninjau keadaan. Masa kecik dulu aku selalu bermain di sekitar rumah ini ..



Rak coca cola ni dah jadi tempat ibu ayam bertelur






Hala ke balik aku nampak rangka meriam batang kelapa ni di tepi jalan. Lama benar aku tak dengar dentuman meriam seperti ini ..




Thursday, April 1, 2010

Timbunan botol Coca Cola & Pepsi

Semalam aku ada out station ke Seremban. Di tengah jalan tu aku singgah sarapan kat satu kedai bro ni. Masa aku parking, ternampak lah timbunan botol ni di belakang kedai.
Sambil makan roti telur tu aku saja2 cakap nak beli sikit botol tu. Bro tu kata berapa botol nak? dia kata semua botol tu pun dah lama kat situ .. Di sebabkan aku ada kerja lain .. aku akan datang lain kali.




Ikut cerita bro ni .. dia ahli club VESPA. Ada beberapa gambar bro ni bersama ahli club tergantung di dinding kedai.

Tuesday, March 16, 2010

Al-Fatihah



Al-Fatihah buat makcik ku JARIAH bt MOHD DASUKI yang telah neninggal dunia pada pagi Selasa 09/03/2010 di rumahnya Kg Parit Baru, Sabak Bernam. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman.
Apa pun masa aku sampai kampung, jenazah telah selamat di kebumikan.












Saturday, March 6, 2010

Torchlight Eveready lama

Dulu-dulu lampu suluh memang banyak gunananya. Semua rumah mesti simpan sekurang-kurangnya satu lampu suluh. Ada musang ayah aku suluh, ayam bunyi dalam reban abang aku pula suluh ..
tapi aku yakin ramai rumah zaman sekarang tak ada lampu suluh di rumah masing-masing lagi, atau di kereta.
01/03/2001 malam hari tu aku balik puchong. Sampai Gemencih aku tengok speedor meter kereta aku tak bergerak. Nak check pun lampu suluh tak ada. Masa sampai tol Simpang Ampat aku pinjam lampu suluh 8 bateri peronda plus. Bro tu kata mungkin sensor dekat gearbox rosak.. balik Segamat aku terus tukar sensor .. ok sampai sekarang.






lampu suluh dulu-dulu di perbuat dari matel .. berbanding sekarang bahan dari plastik. warna-warni lagi. Merah, kuning ..