Sunday, April 4, 2010

Botol green spot

Pagi semalam semasa aku hendak pergi sarapan, terlintas dalam fikiran untuk aku singgah di sebuah bekas kedai runcit yg sudah di tinggalkan. Persekitaran sudah usang dan di penuhi semak samun.
Aku masuk kedalam .. oleh kerana suasana gelap, aku cuma nampak samar-samar suasana kedai yg berselerak.
Aku pusing keliling kedai .. jumpa lah timbunan botol2 greem spot. Ada dalam 2 saiz yg aku jumpa. Banyak yang aku ambil, tapi banyak lagi yang aku tinggalkan.
Di tepi kedai pun ada banyak botol .. tapi rasanya botol kicap yang banyak sebab ada yg 4 segi .. botol arak pun ada.
Tin glukosa pun ada jumpa. di bawah tin tertera guna sblm xxx 1997. tapi tertinggal pulak.





Sampai rumah, aku kerah anak2 tolong basuh. Sorang dapat upah RM5 buat beli jajan.

2 comments: