Sunday, August 22, 2010

Botol Coca Cola & Fanta Thailand

Botol isian 250ml Thailand ni aku dapat buahtangan dari seorang rakan sekerja yang baru balik dari lawatan ke Hadnyai sebelum ramadan tempohari.
Ikut cerita yang aku dengar, cukup banyak tempat-tempat menarik di Hadnyai tu. Tak kurang juga tempat-tempat yang tak sanggup aku dengar tapi telah beliau singgah waktu lewat tengah malam di sana.


Thursday, August 19, 2010

Al-Fatihah


Semalam isteri ( Hajah Nor Asmah ) kepada seorang rakan sekerja Tuan Haji Kamal Najmi B. Saringat (Eksekutif - Shif Supervisor Petronas Gas Control Centre) telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.00 pagi di hospital daerah Segamat.

Selepas solat jenazah di sempurnakan sekitar jam 3.00 ptg, jenazah terus di bawa ke kampung arwah di Lorong Sekolah, Batu 4, Sepintas, Sabak Bernam untuk di kebumikan.

Dan pagi tadi, di surau pejabat diadakan tahlil untuk arwah.
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh allahyarham dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.

Monday, August 9, 2010

Selamat Berpuasa


Insaallah jika tiada halangan, umat islam diMalaysia akan berpuasa esok hari.
Tanamkan azam untuk tambah kuatkan iman & amal kita.
Ramadan yang penuh keberkatan. " Awalnya Rahmat, pertengahannya keampunan, penutupnya bebas dari neraka "

[ Fotograf - Pertama Ramadhan Ini ]

Monday, August 2, 2010

Poster coca cola BRRRR

Dah beberapa bulan aku simpan poster ni, minggu lepas baru ada kesempatan nak frame kan.. itu pun frame yang murah-murah je.. RM30 juga.
[ FIFA World Cup 2010 ]

World Cup dah habis .. saja layan lagu rasmi FIFA World Cup 2010 ni. Enjoy!

Alang-alang dan hantar frame kan, yang satu ni pun aku bikin sekali.




Saturday, July 24, 2010

Crate kayu pepsi

2-3 pagi lepas, masa tengah sarapan di satu warung, ternampak peti kayu pepsi ni di rak belakang kedai. Tanya ke abang tu, dah tak guna katanya. Aku pun cakap la nak beli .. last2 di bagi free je.





Lepas basuh, aku jemur sampai petang.

Friday, July 23, 2010

Tray minyak angin cap kapak

Minyak angin cap kapak rupanya sudah di gunakan oleh ramai orang malaysia sejak dulu lagi.
Pagi tadi masa aku sarapan di satu warung, terpandang 2 tray minyak angin cap kapak ni di dinding dekat counter. tray 70an yang asalnya kedai tu guna kan untuk letak calendar.
Aku ayat kedua-duanya tapi makcik lepaskan satu je.. free.



Saturday, July 17, 2010

Botol Sinalco trade mark

Semalam aku minum petang di sebuah warung tak jauh dari rumah. Berhampiran warung ada satu kawasan pasar basah yang sudah agak lama di kosongkan.
Aku cuba nasib dengan memasuki kawasan tu selepas minum. Memang aku bernasib baik sebab terjumpa satu botol Sinalco ni dalam semak.




suis lama masih terlekat pada tiang. Tak dapat ambil sebab tak bawa peralatan

Botol mabuk cap kapak ni pun bersepah dalam kawan ini.

Friday, July 16, 2010

DUTCH BABY condenced milk

Dah lama tak dengar orang sebut susu 'Dutch Baby' ni sebab sekarang jenama ni pun sudah di tukar kepada nama 'Dutch Lady' sejak awal 80an lagi. Tahun 70an dulu, susu ini lah pilihan aku sekeluarga.
Serpihan papan yang asalnya berkemungkinan kotak tin susu ni aku dapat dari sebuah kedai runcit yang dah lama tutup.




Lekas lah besar, simanja ku sayang.
Lekas besar dengan susu Dutch Baby ..

Thursday, July 15, 2010

Botol A&W

pagi semalam aku dapat call dari seorang kawan yang sedang bercuti di kampungnya, Jerantut , Pahang.
KAD : jki aku jumpa botol yang nko cari ada kat kedai mak aku lah.
aku : botol yang mana?
KAD : A&W
aku : banyak?
KAD : 20-30 botol ada ni.
aku : ambik 10 botol jadilah ..
KAD : OK .. RM2000
aku : bayar RM3000 pun tak apa.. hehe

dan pagi tadi 10 botol ni pun sampai depan rumah.



1 2 3 4 5 6
6 jahanam