Tuesday, September 6, 2011
Hari Raya di Kampung
Kenangan hari raya pertama di Sabak Bernam. Semua berjalan baik sehingga lah bermula dari malam itu sehingga malam jumaat, kami 2 keluarga di serang bertubi-tubi oleh pontianak, harimau jadian dan hantu pocong.
Kemuncak serangan ialah pada malam jumaat bilamana ribuan jin telah kepung rumah aku termasuk hantu raya dan hantu galah. Mereka ramai-ramai robohkan pagar 5 kilo garam yang aku tabur keliling rumah. Garam tu aku bacakan alfatihah 7x, ayat kursi 7x dan 3qul 7x. Anak-anak aku tiada pilihan kecuali menentang habis-habisan dan dengan izin allah pontianak telah dapat di penggal kepalanya sekitar jam 1pagi. Dengan taring yang panjang, rambut panjang mengerbang dan muka hodoh berjerawat nanah dan berbau hanyir masih meminta nyawa dari anak ku walau kepala itu telah terpisah dari badan.
Pada jam 230pagi, harimau jadian pula telah masuk kedalam rumah. Dengan panjang hampir 10kaki, berkepala belang harimau dan berbadan hitam. Kami cuba berunding tetapi gagal.
Harimau: mau tak kamu jadi tuan aku?
Anak aku jawab dengan tegas: Kamu bukan makhluk pertama minta begitu tetapi semua aku tolak. Pergantungan aku hanya pada ALLAH.
Lela pula sempat pasang surah assaffat pada hpnya.
Dalam pada dia merenung tajam pada anak-anak aku segera mencelah : Kejayaan manusia dan jin hanya dalam agama, sejauh mana dapat taat perintah Allah dan hidupkan sunah nabi Muhammad SAW itulah sebenar-benar kejayaan.
Belum sempat aku sambung, harimau telah mengaum dan menerpa kearah tangan kanan anak aku. Dengan pantas Aya mencengkam bahunya sambil membaca ayat kursi bagi menghalang ia masuk kedalam badan. Kakak dan aku segera membantu dengan memcengkam siku dan lengan sambil membaca ayat kursi tanpa henti dan menolak kearah jari.
Ya allah .. aku lihat jari anak aku sudah hitam dan seperti hampir berubah menjadi kuku harimau. Sampai je di hujung jari kakak segera tangkap, genggam dan zass .. semua berlaku dengan izin Allah. Diluar rumah kelihatan jin tolak menolak dengan hantu raya lah yang nampak paling layak untuk mencabar anak-anak aku. Tapi sampai subuh tak ada apa-apa juga yang berlaku.
Lepas jumaat kami 2 keluarga balik KL. Kasihan ke anak2 terpaksa melalui kejadian seperti ini pada hari raya tahun ini.
Ya Allah .. bantulah kami Ya Allah.
meriam batang kelapa yang memeriah malam hari raya di kampung aku. Dentuman sabung-menyabung hingga ke pagi ..

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kisah misteri yang ada sambungan ke nie? apapun teruskan usaha dan terima kasih kerana berkongsi. Sempena Hari Mulia ini Iaryylr mengucapkan "selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin"
ReplyDeletepanjang memang panjang kalau nak di ceritakan. tapi cukuplah setakat ni. yang selebihnya biar kami sekeluarga hadapi ..
ReplyDeletesemua ketentuan allah jua.
balik kampung sesekali nak cari barang antik pun tak sempat.. tapi ada jugak dapat 3 tin mini lipton.