Sunday, January 30, 2011

Hantar Frame

Beberapa sign yang aku hantar buat frame minggu lepas. Kena cepat buat frame bimbang rosak pulak.
Sebelum tu ucapan tahniah atas kejayaan sesi hi-tea 29/01 lepas di Ipoh Station. Seronok tengok gambar-gambar perjumpaan tu ..
29/01 tu aku ke KL sebenarnya ambil anak cuti sekolah di Teknik (ERT) Setapak, tapi terus balik Segamat sebab kejar masa nak kerja malam.
Sepanjang balik hujan lebat .. ni dah banjir pun di Segamat. Ramai yang tak dapat datang kerja pagi ni sebab banyak laluan yang terputus .. rasanya malam ni kena cover lagi .. huhu

bingkai coca cola ni macam terlebih color kuning pulak.
cina kedai frame tu la yang pilih kan ..



Wednesday, January 19, 2011

Sudu & Mug Lipton

Isnin sudah (17.01.2011) aku di KL sebab daftar anak aku masuk ke SM Teknik ERT Setapak. Masa di rumah adik aku di Taman Ibukota .. nampak pulak sudu & mug Lipton ni di rak.
Sementara boleh di selamatkan jadi aku pun mintak nak tolong simpankan ..





Tahu tak macam mana masukkan gajah dalam peti sejuk?

Wednesday, January 5, 2011

Botol Coca Cola aluminium Nipon

Dua biji botol aluminium jepun yang aku beli dari sebuah pasaraya di KL tempohari. Yang rendah RM5.50 dan yang tinggi RM6.50 sahaja.



Anak aku geram nak minum, nak tau apa beza rasa dengan yang Malaysia punya .. Aku kata 'sabarrr'.