Sunday, October 28, 2012

Setem lama-lama

Dah kurang masa nak kumpul setem sekarang. Yang ada pun setem lama-lama yang aku beli masa sekolah di asrama dulu. Banyak antara setem ni yang aku beli di pejabat pos Persiaran Gurney, KL. Ada juga yang aku kutip dari pakcik aku yang kerja posman tahun 70an. Tu yang dapat setem bulat, tiga segi & lonjong tu.
 




 Agung Sultan Kedah 1971 .. Sekarang jadi Agung buat kali ke 2







Rasanya banyak juga yang aku perasan hilang koleksi setem ni masa kakak tunjuk ke kawan-kawan nya masa di asrama dulu. Sampul hari pertama Piala Thomas masa Razif & Jailani juara dulu rasa lama dah tak ada.

Sunday, September 16, 2012

Bekas gula Nescafe




Nak letak gula bole, nak buat ashtray bole ..

Thursday, August 23, 2012

Selamat Hari Raya 2012


Adat jawa .. bermaaf-maafan di pagi raya

Belum beraya pun lagi aku tahun ni. Malam ni malam ke tujuh aku bekerja di bilik kawalan. Esok pagi baru cadang nak balik Gombak beraya dengan orang tua.
Demam dan batuk mengiring aku sehari sebelum raya hingga hari ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin buat rakan2 seangkatan.

Tuesday, April 10, 2012

Nik & Hani

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan 'Selamat Pengantin Baru' buat anak sulung rakan sekerja aku Abd Ghani Abd Latip yang melansungkan majlis perkahwinannya pada SABTU, 7 April 2012 lepas. Semoga pasangan,
Ummu Hani Bt Abd Ghani
&
Nik Norisham B. Nik Mohd Noor
Bahagia hingga ke akhir hayat.

Kakak & Aya pun tak ketinggalan menikmati hidangan beriani gam Batu Pahat.


Wednesday, March 21, 2012

1300 888 GAS

Baru-baru ni Petronas melancarkan taliaan bebas tol 1300-888-427. Tujuaannya untuk membantu pengguna gas Petronas. Contohnya jika berlaku kehabisan gas memasak di rumah, pengguna boleh dail talian ini dan tong gas baru akan di hantar dari wakil pengedar berhampiran bila-bila masa. Atau berlaku kebocoran gas, operator ditalian juga sedia membantu.
Boleh cuba try, test dail sekarang.



Dan jika bernasib baik, anda akan dapat bekas pensel tong Petronas Gas ni .. ya ke?
BINTULU .. OH TIDAK!

Wednesday, January 18, 2012

Wetra Ali Mas mug

Masa aku dapat mug ni pun aku tak tau apa itu 'Wetra'. Bila aku goole search, rupanya benda ni satu syarikat marketing yg berpusat di Alor Star. Tak perasan pulak kopi cappuccini & kopi jantan yg selalu aku minum tu edaran wetra.




Malam semalam masa makan di as-sakinah tom yam, nampak pulak iklan kopi cappuccino atas dinding tu.