Tuesday, March 16, 2010

Al-Fatihah



Al-Fatihah buat makcik ku JARIAH bt MOHD DASUKI yang telah neninggal dunia pada pagi Selasa 09/03/2010 di rumahnya Kg Parit Baru, Sabak Bernam. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman.
Apa pun masa aku sampai kampung, jenazah telah selamat di kebumikan.












Saturday, March 6, 2010

Torchlight Eveready lama

Dulu-dulu lampu suluh memang banyak gunananya. Semua rumah mesti simpan sekurang-kurangnya satu lampu suluh. Ada musang ayah aku suluh, ayam bunyi dalam reban abang aku pula suluh ..
tapi aku yakin ramai rumah zaman sekarang tak ada lampu suluh di rumah masing-masing lagi, atau di kereta.
01/03/2001 malam hari tu aku balik puchong. Sampai Gemencih aku tengok speedor meter kereta aku tak bergerak. Nak check pun lampu suluh tak ada. Masa sampai tol Simpang Ampat aku pinjam lampu suluh 8 bateri peronda plus. Bro tu kata mungkin sensor dekat gearbox rosak.. balik Segamat aku terus tukar sensor .. ok sampai sekarang.






lampu suluh dulu-dulu di perbuat dari matel .. berbanding sekarang bahan dari plastik. warna-warni lagi. Merah, kuning ..