Khamis lepas atas sesuatu urusan, aku balik KL dan terus singgah Berjaya Time Square. Lepas makan-makan masuk pula pasaraya cold storage sebab nak beli Eye Mo.
Sekali ternampak tin coca cola ni .. besar mungkin keluaran untuk Tahun Baru Cina 2011 sebab ada gambar-gambar luck emas terbang berkeliling botol coca cola tu.



Dan masa bayar, angin aku ada naik sikit sebab terpaksa beli bag RM2 untuk isi barang-barang yang aku beli. Kempen 'hari tanpa bag plastik' kata cashier dengan selamber.
Sorang brader depan aku siap carut-carut sebab tak puas hati terpaksa beli bag RM2 untuk isi bebarangnya yang agak banyak ..

salam bro..
ReplyDeletekalu tak silap ada dua version, satu kaler dia terang sket, satu pudar sket.. :)