Saturday, July 24, 2010

Crate kayu pepsi

2-3 pagi lepas, masa tengah sarapan di satu warung, ternampak peti kayu pepsi ni di rak belakang kedai. Tanya ke abang tu, dah tak guna katanya. Aku pun cakap la nak beli .. last2 di bagi free je.





Lepas basuh, aku jemur sampai petang.

Friday, July 23, 2010

Tray minyak angin cap kapak

Minyak angin cap kapak rupanya sudah di gunakan oleh ramai orang malaysia sejak dulu lagi.
Pagi tadi masa aku sarapan di satu warung, terpandang 2 tray minyak angin cap kapak ni di dinding dekat counter. tray 70an yang asalnya kedai tu guna kan untuk letak calendar.
Aku ayat kedua-duanya tapi makcik lepaskan satu je.. free.



Saturday, July 17, 2010

Botol Sinalco trade mark

Semalam aku minum petang di sebuah warung tak jauh dari rumah. Berhampiran warung ada satu kawasan pasar basah yang sudah agak lama di kosongkan.
Aku cuba nasib dengan memasuki kawasan tu selepas minum. Memang aku bernasib baik sebab terjumpa satu botol Sinalco ni dalam semak.




suis lama masih terlekat pada tiang. Tak dapat ambil sebab tak bawa peralatan

Botol mabuk cap kapak ni pun bersepah dalam kawan ini.

Friday, July 16, 2010

DUTCH BABY condenced milk

Dah lama tak dengar orang sebut susu 'Dutch Baby' ni sebab sekarang jenama ni pun sudah di tukar kepada nama 'Dutch Lady' sejak awal 80an lagi. Tahun 70an dulu, susu ini lah pilihan aku sekeluarga.
Serpihan papan yang asalnya berkemungkinan kotak tin susu ni aku dapat dari sebuah kedai runcit yang dah lama tutup.




Lekas lah besar, simanja ku sayang.
Lekas besar dengan susu Dutch Baby ..

Thursday, July 15, 2010

Botol A&W

pagi semalam aku dapat call dari seorang kawan yang sedang bercuti di kampungnya, Jerantut , Pahang.
KAD : jki aku jumpa botol yang nko cari ada kat kedai mak aku lah.
aku : botol yang mana?
KAD : A&W
aku : banyak?
KAD : 20-30 botol ada ni.
aku : ambik 10 botol jadilah ..
KAD : OK .. RM2000
aku : bayar RM3000 pun tak apa.. hehe

dan pagi tadi 10 botol ni pun sampai depan rumah.



1 2 3 4 5 6
6 jahanam

Tuesday, July 13, 2010

Botol Sunkist 285 ml

Jumpa sebiji pulak Botol Sunkist 285 ml dalam banyak-banyak botol hari tu. Macam tak pernah aku lihat botol seumpama ni dulu-dulu.
Apa pun dah ada .. kira rezeki jatuh keriba lah.


Monday, July 12, 2010

Botol sprite bintik bintang

Dapat juga aku botol sprite bintik bintang ni di sebuah kedai runcit berhampiran. Kira lengkap sudah koleksi sprite aku termasuk yang bintik kuning dan bintik merah.
Tinggal botol A&W, botol FN kontot 60an dan botol FN 70an lambang 3segi tu belum jumpa lagi.. yang lain tu kalau tak jumpa juga kira halal lah.




Bintik bintang, kuning dan merah pada huruf 'i'

Spray ubat nyamuk

Spray ubat nyamuk ni aku dapat dari sebuah kedai tak jauh dari rumah. Tak kurang 10 biji yang ada masa tu.. tapi aku ambil 3 biji saja. Tak mau tamak lah kata ..
Baru-baru ni aku masuk lagi kedai yang sama. Fuuuh .. habis semua spray nyamuk ni sudah di borong oleh seorang collector dari luar.
Termasuk enamel signs susu cap teko & ubat nyamuk fumakilla yang dulu tokei tu enggan nak jual pada aku.. habis di jual nya jugak.





Peluang kadang-kadang datang hanya sekali.

Keluarga botol 7UP

Ini lah 4 botol 7UP 750ml yang aku jumpa tempohari. Setakat ni ada 15 biji botol 7UP pelbagai saiz yang ada dalam koleksi.
hehe .. pelan pelan kayuh ..




Ada beberapa siri lagi yang belum dapat.

Sunday, July 11, 2010

Botol White Spot

n3 kali ni nak tunjuk botol white spot yang dah agak lusuh ni. Tengok rupa memang sebijik macam botol green spot yang aku dah ada tu. Anak beranak dia orang lah ni.
Dapat agak jauh dari rumah .. Muar nun. Kawan rajin tolong ambil kan dari rumah datuk dia di Muar. Terima kasih lah. Untuk tambahkan koleksi.



KL638 ada tertulis di bawah botol


Botol Sunkist California

Dulu setau aku kalau sunkist ni limau sunkist dari california lah. Rupanya depa pun ada jual air limau sunkist. Rasa nya memang segar .. memang rasa limau sunkist.
Le ni ada lagi ke air limau sunkist ni? tak perasan la pulak.
Yang aku ingat air Tropika dan air Marigold memang ada perisa limau sunkist ni.




Sunkist California

Saturday, July 10, 2010

Botol F&N satu peti

Bila dah dapat macam ni banyak, dah tak tau nak buat apa dah. Aku kena limitkan 1-2 botol je satu-satu design botol yang nak di simpan dalam rumah.
Botol & crate coca cola ni dapat sekali ngan botol Pepsi-Cola hari tu. Ambil banyak sebab botol tu masih ada air.. sayang nak tinggal.


Raya pun dah dekat.
Boleh buat raya ni.

Botol Pepsi-Cola lama

Tahun berapa design botol Pepsi-Cola ni di keluarkan agaknya ya? Entah lah .. 60-70an gamaknya.. Tanya Chenta-Pepsi tentu tau ni. Tapi yang pasti, botol ni antara keluaran yang terawal dalam keluarga Pepsi.
Jumpa di tepi sebuah kedai runcit yang sudah kosong. Rakan-rakan sebangsa nya semua sudah pecah masa aku jumpa .. tinggal satu ni yang terselamat.




Isi 285ml

Friday, July 9, 2010

Cawan kopitiam Nescafe percuma

Sejak ada kengkawan yang beritahu ada free cawan kopitiam dari setiap pembelian pak nescafe terpilah, aku terus cari di 7 pasaraya besar sekitar Segamat ni.. tapi cukup hampa sebab tak jumpa yang ada offer. Habis minyak kereta je.
Antaranya Pasaraya Giant, Upwell. wellcome, Nirwana dan pasaraya borong Yayasan. Selang beberapa hari aku ronda lagi satu round .. pun tak jumpa pak yang offer ni. Dia orang pakat sorok ke apa?
Dan tadi kebetulan aku ke pasaraya Nirwana yang tak jauh dari rumah untuk beli hadiah kelahiran baby sorang kawan, terlintas nak jengok rak nescafe .. laa ada.
Memang niat nak ambil 6 pak sekali .. tapi lepas beberapa kali belek, cuma ada 2 pak je yang ada tampal free offer ni. Dua pun dualah .. aku terus bayar. RM11.90 setiap pak.




Esok nak jengok pasaraya Giant lah.
Nak cukupkan 1/2 dozen .. biar puas hati.

Wednesday, July 7, 2010

Nasi Lemak

Rasa macam kurang sihat pulak pagi ni. Mata dan tengkuk rasa panas, macam rasa selsela pun ada.
Lepas balik subuh di surau, tengok ada nasi lemak + teh 'O' mas cotek dah siap hidang atas meja. Orang rumah datang rajin hari ni.
Alhamdulillah, anak-anak pun sempat sarapan di rumah sebelum kesekolah tadi.


Aku nak rehat secukupnya ari ni .. uuuuuuaaaahhhh

Sunday, July 4, 2010

Kurangkan gula

Coca Cola & Pepsi pun ada dalam senarai minuman yang masih di kira mengandungi kandungan gula yang tinggi dalam minumannya. Berpada-pada lah dengan minuman-minuman zaman sekarang ni.
Yang umur dah melepasi 40 tu, sila lah buat pemeriksaan darah setahun sekali.
Jangan sampai potong kaki nanti.. hehe

Saturday, July 3, 2010

Tin rokok Rough Rider (tin putih)

Alhamdulillah, dapat juga aku tin yang aku cari-cari selama ini. Tin rokok rough rider (tin putih) keluaran 70an ini telah di jumpai di flea market, Lorong Kulit, Penang masa seorang saudara aku yang tinggal Bukit Mertajam pergi ronda-ronda di situ Ahad minggu lepas. Dia tolong poslaju dan sampai sini siang tadi.
Kondisi .. memuaskan.
Satu hari nanti aku sendiri kena ke Lorong Kulit juga .. insaallah.


"Rough Rider"
Cigarattes
W.D & H.O WILLS